Envodiesel Prestasi Semburan dan Pembakaran

RM60.00

Category:

Description

Minyak sawit merupakan salah satu sumber biojisim yang bernilai tinggi serta berpotensi sebagai sumber tenaga alternatif menggantikan bahan api fosil. Pengeluaran minyak sawit Malaysia sebanyak 31.7% pada tahun 2021, menjadikan Malaysia antara salah sebuah negara pengeksport utama minyak sawit ke Eropah dengan jumlah 8.2 juta tan bagi tujuan penghasilan bio-bahan api. Salah satu produk lestari bio-bahan api yang dihasilkan ialah Envodiesel. Envodiesel merupakan adunan antara minyak sawit dan bahan api diesel, terbukti mampu mengurangkan kadar pelepasan emisi pencemar seperti oksida nitrogen, NOX; karbon monoksida, CO; hidrokarbon tak terbakar, UHC dan sebagainya ke atmosfera selain sebagai sumber tenaga baharu.

Fokus utama buku ini ialah terhadap penerapan pemahaman mengenai bahan api Envodiesel dari segi sifat kimia serta fizikal bahan api tersebut yang memberikan impak penggunaan yang lebih cekap serta mesra alam. Analisis juga turut tertumpu kepada sistem pembakaran serta kajian terhadap pembentukan emisi daripada pembakaran dijelaskan secara terperinci melalui pendekatan secara teori dan uji kaji yang dijalankan di makmal. Penghasilan buku ini juga, turut menjawab mengenai ciri-ciri semburan, bagi memberi gambaran yang jelas tentang corak dan keadaan semburan bagi membantu meningkatkan lagi prestasi pembakaran yang lebih baik dan sempurna.

Buku ini sesuai untuk dijadikan sebagai bahan bacaan dan rujukan ilmiah bagi para penyelidik, pelajar institut pengajian tinggi awam dan swasta serta pihak industri yang terlibat secara sepenuh ataupun separuh masa dalam penyelidikan berkaitan pembangunan bahan api Envodiesel. Semoga buku ini dapat memberi manfaat serta idea-idea baharu kearah melestarikan penggunaan bahan api bio berasaskan minyak sawit.

Additional information

Weight 1 kg
Dimensions 19 × 23 × 2 cm
Research Ecosystem
Universiti Teknologi Malaysia UTM Nexus - Research & Innovation

Office of Deputy Vice Chancellor (Research & Innovation)

DVCRI Profile Johor Bahru Office Kuala Lumpur Office

Higher Institution Centre of Excellence (HI-COE)

Advance Membrane Technology Research Centre - AMTEC Institute of Noise & Vibration - INV Wireless Communication Centre - WCC

Research Institute

Centre of Excellence (COE)

Institute of High Voltage & High Current - IVAT UTM-MPRC Institue for Oil & Gas - IFOG Centre for Artificial Intelligence & Robotics - CAIRO Centre for Engineering Education - CEE Centre for Advanced Composite Materials - CACM Innovation Centre in Agritechnology for Advanced Bioprocessing - ICA Institute of Bioproduct Development - IBD

Service Entity

Research Management Centre - RMC Penerbit UTM Press Centre for Community & Industry Network - CCIN Innovation & Commercialisation Centre - ICC University Laboratory Management Centre - PPMU Institut Sultan Iskandar - UTM-ISI

Get the latest news & events

Customer Satisfaction Index