Kelestarian Sumber Daya Dalam Perniagaan Pembinaan

RM50.00

Category:

Description

Perniagaan di dalam konteks industri pembinaan merupakan satu bidang perniagaan khusus yang bukan sahaja melibatkan pembekal dan pelanggan, bahkan meliputi kepakaran dan keperluan tertentu bagi memastikan produk yang dihasilkan berfungsi seperti yang dirancang. Produk-produk pembinaan diistilahkan unik dan tersendiri yang mana ianya tidak terdapat pada produk-produk komersial yang biasanya dihasilkan pada skala industri. Menyedari keunikan bidang pembinaan, buku ini telah digarap sebagai perantara untuk memperjelas dan mempersembahkan usaha-usaha terkini bagi memacu perniagaan pembinaan ke tahap yang lebih tinggi. Buku ini disediakan dalam 11 bab dan mengetengahkan tiga tema khusus, iaitu manusia, modal dan teknologi dalam ruang lingkup kelestarian sumber daya bagi mempersembahkan hasil kajian yang dilaksanakan oleh para penyelidik. Hakikat perniagaan pembinaan yang mapan dan dapat bertahan di dalam iklim ketidaktentuan ekonomi dewasa ini tidak dapat dinafikan dan diharapkan buku ini dapat memberi panduan ke arah model perniagaan yang baru. Hasil penulisan ini disasarkan kepada para pelajar, penyelidik dan mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan bidang pembinaan.

Research Ecosystem
University Teknologi Malaysia UTM Nexus

Higher Institution Center of Excellence (HI-COE)

AMTEC INV WCC

Research Institute

IFE RISE IVESE ISI-SIR IHUMEN ISIIC

Center of Excellence (COE)

IVAT IFOG CAIRO CEE CACM ICA IBD

Service Entity

RMC UTM PRESS CCIN ICC PPMU UTM-ISI

DVCRI Office

Johor Bahru Kuala Lumpur DVCRI Profile

Get the latest news and events.

Share your thoughts.