This content has been archived. It may no longer be relevant

 

back

Leksikon Ledang
Pengarang: Nor Azida Ishak, Fadli al-Akiti

  • 2015
  • ISBN 978-967-61-2729-7
  • 298 muka surat
  • RM 27.60
  • Harga Semenanjung Malaysia : RM 27.60
  • Harga Sabah / Sarawak : RM 30.60
  • Bidang Novel
SINOPSIS

Hasan, seorang penebang balak menemui ‘geliga’, yang sebenarnya hanya resin yang mengandungi seekor nyamuk zaman purba. Datuk Isman yang memperoleh resin itu telah menyerahkannya kepada Cing Huat untuk melakukan kajian. Cing Huat, seorang saintis, bekerjasama dengan Datuk Isman Hijjaz yang pada awalnya melakukan penyelidikan untuk mengubati penyakit anaknya. Datuk Isman Hijjaz sebenarnya mempunyai perancangan jahat.

Sementara itu, Zack lulusan bidang mikrobiologi daripada Universiti Biologi Malaysia, bekerja di hospital dan bekerjasama dengan Dayang dan Muhaimin untuk melakukan penyiasatan, telah diculik. Datuk Isman tahu bahawa Dayang ialah perisik kerajaan, dan Dayang pula tahu bahawa Datuk Isman berniat menghasilkan senjata biologi, mencipta ‘kuasa mata air Khidir’ yang mengubah seseorang menjadi adi manusia. Darah yang diambil daripada pergelangan tangan Zack, dikesan mempunyai darah bangsawan. Bagaimanapun, akhirnya komplot Datuk Isman telah berjaya dipatahkan oleh Ramdan, seorang pegawai penyiasat. Segala konspirasi terbongkar dengan berlakunya beberapa peristiwa yang melanggar logik realiti.

BIODATA
Nor Azida Ishak dilahirkan di Ipoh, Perak pada 29 September 1980. Beliau mendapat pendidikan awal di Sek. Keb. Taman Tun Dr. Ismail sebelum melanjutkan pendidikan di Sek. Men. Keb. Raja Permaisuri Bainun, Ipoh. Beliau kemudian ke Universiti Malaya dalam pengkhususan bidang asasi sains fizikal, seterusnya memperoleh Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Kimia) dengan Kepujian pada tahun 2003.
Beliau memulakan kerjaya sebagai jurutera di sebuah syarikat pembekal bahan kimia bagi PROTON Holdings Berhad. Selepas lima tahun, beliau bertukar bidang untuk bertugas di bawah sebuah syarikat yang tersenarai di BSKL sebagai setiausaha eksekutif kepada Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan bermula dari tahun 2008 sehingga kini.
Dalam dunia penulisan, beliau aktif menghasilkan artikel dan cerpen untuk majalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, serta pernah menulis ulasan buku “Detik” karya Amir Husaini, pemenang tempat ketiga Sayembara Novel Fiksyen Sains dan Teknologi Musim Kedua yang tersiar dalam surat khabar Utusan Malaysia. Sehingga kini, lebih 10 cerpen beliau pernah diterbitkan dalam majalah seperti Dewan Siswa, Tunas Cipta, Pelita Bahasa, Dewan Kosmik,Harmoni dan Aniqah, manakala lebih 30 artikel pernah diterbitkan dalam majalah seperti Dewan Siswa, Dewan Kosmik, Dewan Budaya, Dewan Ekonomi, Dewan Bahasa, Dewan Tamadun Islam serta Estidotmy, majalah sains terbitan Utusan Malaysia bersama Kementerian Sains dan Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Novel Leksikon Ledang merupakan novel beliau yang pertama diterbitkan.
Fadli al–Akiti lahir di Petaling Jaya, Selangor dan kini menetap di Gombak. Beliau pernah belajar di MRSM Kuantan dan menghabiskan Ijazah Sarjana Mudanya di Universiti Tun Abdul Razak dalam bidang Pengurusan. Cerpen fiksyen sains dan fiksyen spekulatifnya pernah tersiar dalam majalah Dewan Kosmik dan antologi cerpen berjudul Romlah (2008), Republik Kutu (2010), Kopi(2012), dan Pistol Laser Lisa (2013). Beliau juga pernah mengemudi Zineberunsur fiksyen sains, dan Cerekawala. Antara novel fiksyen sains yang dihasilkannya ialah JIAN (DBP, 2003) dan Saga Horizon (Alaf 21, 2008). Kini, beliau bertugas sebagai editor Dewan Sastera di Dewan Bahasa dan Pustaka.

 

Research Ecosystem
University Teknologi Malaysia UTM Nexus

Higher Institution Center of Excellence (HI-COE)

AMTEC INV WCC

Research Institute

IFE RISE IVESE ISI-SIR IHUMEN ISIIC

Center of Excellence (COE)

IVAT IFOG CAIRO CEE CACM ICA IBD

Service Entity

RMC UTM PRESS CCIN ICC PPMU UTM-ISI

DVCRI Office

Johor Bahru Kuala Lumpur DVCRI Profile

Get the latest news and events.

Share your thoughts.