This content has been archived. It may no longer be relevant

Perang Mikrob
Pengarang: Wan Salmah Wan Hassan

  • 2015
  • ISBN 978-967-61-2731-0
  • 224 muka surat
  • RM 23.40
  • Harga Semenanjung Malaysia : RM 23.40
  • Harga Sabah / Sarawak : RM 26.40
  • Bidang Novel
SINOPSIS

Pada tahun 2019, Dr. Lilia, pegawai bioteknologi kanan di Institut Pertanian Putra menghadiri Majlis Pelancaran “Makanan dari Syurga: Makanan Alternatif Masa Kini” di Dewan Seminar Quantum. Lilia sangat skeptikal terhadap makanan hasil genetik yang terubah suai begitu kerana dia tahu akan kesan buruknya. Di makmal, Dr. Lilia mendapati tikus-tikusnya sudah terkesan oleh pemakanan genetik ini.

Dr. Lilia dan Dr. Iskandar semakin serius melakukan pelbagai uji kaji selanjutnya bagi membuktikan kebenaran pendapatnya bahawa makanan terubah suai secara bioteknologi adalah berbahaya. Dalam perjalanan ke pejabat, Lilia terserempak dengan haiwan yang menjadi liar. Di makmal, tiga ekor tikus kajiannya mati. Di pejabat, Pak Din, pengawal keselamatan, dimasukkan ke wad, akibat makanan genetik. Dr. Iskandar dan Dr. Lilia berjumpa dengan majikannya, Dr. Basri, lalu menimbulkan hal ini.

Dr. Iskandar, Dr. Lilia, dan Dr. Basri mengisytiharkan perang terhadap pertanian bioteknologi dengan cara memperbesar ladang organik. Dr. Basri berjanji menemukan mereka dengan Profesor Zawawi di Kementerian Pertanian, orang yang komited terhadap pertanian organik. Mereka berhadapan dengan Rizal yang sangat kuat memperjuangkan makanan bioteknologi ini. Akan tetapi, akhirnya Rizal juga terkena kesan pemakanan FFH ini. Seluruh negara mula huru-hara, dan manusia yang menggunakan makanan genetik mengalami komplikasi yang teruk. Dr. Iskandar dan Dr. Lilia memaklumkan bahawa mikrob perlu digunakan untuk menyembur seluruh ladang FFH. Cerita berakhir dengan kegagalan projek makanan genetik dan kejayaan pihak Dr. Lilia dan Dr. Iskandar.

BIODATA
Wan Salmah Wan Hassan dilahirkan di Kg. Pasir Pekan, Wakaf Bharu Kelantan pada 26 April 1963. Mendapat pendidikan di Sek. Keb. Pasir Pekan, Maahad Muhammadi Arab Kota Bharu, Sek. Men Agama Khairiah Kuala Terengganu, Kolej Islam Kelang, Universiti Malaya (Ekonomi) dan UKM (Sarjana Pendidikan @ Perniagaan dan Keusahawanan). Bertugas sebagai seorang guru di SMU(A) Mardziah, Wakaf Bharu Kelantan dan pernah bertugas di negeri Kedah, Pulau Pinang, dan Negeri Sembilan.
Meminati genre cerpen dan novel. Pernah menang hadiah sagu hati Pertandingan Menulis Cerita Kanak-kanak Sempena Hari Guru (cerpen) Peringkat Kebangsaan 2006. Pernah menang johan negeri Pertandingan Menulis Cerpen Sempena Hari Guru peringkat Negeri Kelantan 2011. Cerpen pernah tersiar dalam Majalah Mingguan Wanita, Jan 2012.

 

Research Ecosystem
Universiti Teknologi Malaysia UTM Nexus - Research & Innovation

Office of Deputy Vice Chancellor (Research & Innovation)

DVCRI Profile Johor Bahru Office Kuala Lumpur Office

Higher Institution Centre of Excellence (HI-COE)

Advance Membrane Technology Research Centre - AMTEC Institute of Noise & Vibration - INV Wireless Communication Centre - WCC

Research Institute

Centre of Excellence (COE)

Institute of High Voltage & High Current - IVAT UTM-MPRC Institue for Oil & Gas - IFOG Centre for Artificial Intelligence & Robotics - CAIRO Centre for Engineering Education - CEE Centre for Advanced Composite Materials - CACM Innovation Centre in Agritechnology for Advanced Bioprocessing - ICA Institute of Bioproduct Development - IBD

Service Entity

Research Management Centre - RMC Penerbit UTM Press Centre for Community & Industry Network - CCIN Innovation & Commercialisation Centre - ICC University Laboratory Management Centre - PPMU Institut Sultan Iskandar - UTM-ISI

Get the latest news & events

Customer Satisfaction Index