This content has been archived. It may no longer be relevant

 


PROF. MADYA ISSHAM ISMAIL

 

Issham bin Ismail ialah Profesor Madya di Jabatan Kejuruteraan Petroleum, Sekolah Kejuruteraan Kimia dan Kejuruteraan Tenaga, Fakulti Kejuruteraan. Beliau yang pernah berkhidmat sebagai jurutera medan di luar pesisir Terengganu, menyertai Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sebagai staf akademik pada 1988. Beliau ialah seorang Jurutera Berdaftar dengan Institute of Marine Engineering, Science and Technology (CMarEng) dan Engineering Council (CEng).

    Selain daripada terlibat dalam pengajaran dan pembelajaran, beliau juga aktif dalam penulisan dan penerbitan. Sehingga kini, beliau telah menghasilkan lapan buah buku karya asli dan buku karya terjemahan, banyak artikel dalam jurnal berindeks ISI dan Scopus, artikel Ensiklopedia Sains dan Teknologi, dan pembentangan kertas kerja pada persidangan peringkat kebangsaan dan antarabangsa, Beliau turut menghasilkan banyak standard dengan SIRIM untuk kegunaan industri tempatan.

    Beliau ialah Pengerusi Panel Buku UTM di samping menganggotai beberapa jawatankuasa lain yang berkait dengan penulisan dan penerbitan pada peringkat kebangsaan, universiti dan fakulti. Selain daripada aktif dalam penilaian artikel-artikel jurnal berindeks ISI dan Scopus, beliau juga kerap dipertanggungjawab oleh Penerbitan UTM dan penerbit luar UTM untuk menilai, menyunting dan membaca pruf manuskrip karya asli.

    Pengetahuan dan pengalamannya sentiasa dikongsi bersama dengan angkatan penulis muda menerusi kursus-kursus penulisan karya asli, penyuntingan, pembacaan pruf, dan penyediaan indeks. Selain daripada UTM, organisasi lain yang menjemputnya sebagai penceramah dan fasilitator ialah Dewan Bahasa dan Pustaka, Institut Terjemahan dan Buku Malaysia, Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia, Institut Tadbiran Awam Negara, Institut Aminuddin Baki, Akademik Latihan Kastam Malaysia, Universiti Teknologi Petronas dan institusi-institusi pengajian tinggi awam.

      Sepanjang perkhidmatannya di UTM, selain daripada memperoleh Anugerah Perkhidmatan Cemerlang sebanyak tiga kali dan Anugerah Penasihat Akademik, beliau turut memenangi beberapa hadiah penerbitan. Anugerah-anugerah penerbitan yang diterima termasuk Editor Terbaik, Hadiah Utama Buku Terjemahan, dan Hadiah Penghargaan Buku Karya Asli. Sehingga kini, khidmat beliau berkaitan penulisan dan penerbitan terus diperlukan banyak organisasi berikutan prinsip kerjanya, Perkhidmatan Terbaik sepanjang Masa.

Research Ecosystem
Universiti Teknologi Malaysia UTM Nexus - Research & Innovation

Office of Deputy Vice Chancellor (Research & Innovation)

DVCRI Profile Johor Bahru Office Kuala Lumpur Office

Higher Institution Centre of Excellence (HI-COE)

Advance Membrane Technology Research Centre - AMTEC Institute of Noise & Vibration - INV Wireless Communication Centre - WCC

Research Institute

Centre of Excellence (COE)

Institute of High Voltage & High Current - IVAT UTM-MPRC Institue for Oil & Gas - IFOG Centre for Artificial Intelligence & Robotics - CAIRO Centre for Engineering Education - CEE Centre for Advanced Composite Materials - CACM Innovation Centre in Agritechnology for Advanced Bioprocessing - ICA Institute of Bioproduct Development - IBD

Service Entity

Research Management Centre - RMC Penerbit UTM Press Centre for Community & Industry Network - CCIN Innovation & Commercialisation Centre - ICC University Laboratory Management Centre - PPMU Institut Sultan Iskandar - UTM-ISI

Get the latest news & events

Customer Satisfaction Index