This content has been archived. It may no longer be relevant

Source : UTUSAN MALAYSIA


AHMAD FAUZI ISMAIL (kiri) bertukar dokumen dengan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kota Buku, Sayed Munawar Sayed Mohd. Mustar sambil diperhatikan oleh Zaini Ujang (belakang, tiga dari kiri) dan Abd. Ghafar Mahmud (belakang, empat dari kiri) dalam majlis pelancaran Mapim, E-Book UTM dan menandatangani MoU antara UTM dan Perbadanan Kota Buku di Shah Alam, Selangor, semalam.

KUALA LUMPUR 28 Sept. – Kementerian Pendidikan Tinggi menyarankan para penerbit universiti di negara ini memulakan langkah untuk mendigitalkan bahan-bahan ilmiah dan akademik terbitan mereka.Ketua Setiausaha kementerian itu, Datuk Seri Ir. Dr. Zaini Ujang berkata, dengan cara tersebut, kandungan yang diterbitkan mampu diakses dengan pelbagai kaedah oleh pengguna.

“Perkembangan ini sejajar dengan perubahan tingkah laku pembaca yang bukan sahaja mahu membaca buku secara fizikal tetapi juga mahu memuatkan koleksi buku-buku mereka dalam satu peranti elektronik yang mudah dibawa ke mana-mana sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Pelancaran Portal Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (Mapim), e-book Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Menandatangani Memorandum Per­sefahaman (MoU) UTM-Perba­danan Kota Buku di sini hari ini. Yang hadir sama, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UTM, Prof. Dr. Ahmad Fauzi Ismail dan Pengerusi Perbadanan Kota Buku (Kota Buku), Tan Sri Abd. Ghafar Mahmud.

Sementara itu, Zaini menyarankan universiti awam supaya melatih pelajar ‘menyelongkar’ kandungan Malaysiana bagi memperbanyakkan keperluan pasaran di pentas antarabangsa.

Katanya, aspek yang harus diberi penekanan ialah kandungan, teknologi dan ekonomi perbukuan sepenuhnya.

“Kota Buku ingin menempatkan dirinya sebagai pemain unggul di pentas antarabangsa, namun ia akan menghadapi jalan sukar sekiranya kandungan Malaysiana tidak dibangun dan dihidangkan dalam kerangka serta citarasa antarabangsa.

“Hakikatnya, Malaysia ingin menjadi pesaing utama dalam ekonomi berasaskan pengetahuan. Maka, buku merupakan asas kepada usaha ini,” katanya.

– See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/penerbit-universiti-disaran-digitalkan-buku-1.140926#sthash.1tgOiJ2o.dpuf

Research Ecosystem
Universiti Teknologi Malaysia UTM Nexus - Research & Innovation

Office of Deputy Vice Chancellor (Research & Innovation)

DVCRI Profile Johor Bahru Office Kuala Lumpur Office

Higher Institution Centre of Excellence (HI-COE)

Advance Membrane Technology Research Centre - AMTEC Institute of Noise & Vibration - INV Wireless Communication Centre - WCC

Research Institute

Centre of Excellence (COE)

Institute of High Voltage & High Current - IVAT UTM-MPRC Institue for Oil & Gas - IFOG Centre for Artificial Intelligence & Robotics - CAIRO Centre for Engineering Education - CEE Centre for Advanced Composite Materials - CACM Innovation Centre in Agritechnology for Advanced Bioprocessing - ICA Institute of Bioproduct Development - IBD

Service Entity

Research Management Centre - RMC Penerbit UTM Press Centre for Community & Industry Network - CCIN Innovation & Commercialisation Centre - ICC University Laboratory Management Centre - PPMU Institut Sultan Iskandar - UTM-ISI

Get the latest news & events

Customer Satisfaction Index