This content has been archived. It may no longer be relevant

Penerbit UTM Press telah dianugerahkan pemenang dalam kategori PTJ Perkhidmatan dalam Anugerah Webometrics sempena Citra Karisma 2020 yang telah diadakan di Dewan Sultan Iskandar , Universiti Teknologi Malaysia baru- baru ini.

Bermula tahun 2020, Penerbit UTM Press dibantu oleh pasukan dari Research Computing, UTM telah melakukan sebuah lonjakan inisiatif memantapkan penjualan buku secara dalam talian dengan melakukan pembaharuan serta pengemaskinian laman sesawang utamanya serta platform e-dagang sedia ada, iaitu https://penerbit.utm.my/booksonline/. Pembaharuan ini sekali gus membantu melonjakkan pendapatan jualan buku dalam talian yang kini menjadi trend semenjak pandemik COVID-19 melanda negara. Promosi buku dalam talian kini lebih cepat dan mudah dibuat melalui platform e-Dagang Shopee dan media sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter.

Salah satu keistimewaan penjualan buku secara e-Dagang ialah sistem yang digunakan mampu mengesan serta membuat analisis jualan melalui sokongan Google Analytics. Sebagai contoh, sepanjang minggu bermula 20 Julai sehingga 27 Julai 2020, terdapat lebih 1562 carian dari Malaysia, 120 carian dari Indonesia, dan juga Iraq selain Amerika Syarikat dengan 18 carian. Dapatan Google Analytics juga menunjukkan bahawa 100 peratus carian tentang Penerbit UTM Press adalah menggunakan Google Search, sekali gus membenarkan pihak pemasaran merancang pengiklanan yang bermanfaat di enjin carian bersesuaian bagi menjana pulangan yang berkesan. Apa yang menarik, melalui perkhidmatan analitik laman sesawang iini menunjukkan 80 peratus carian adalah daripada kata kunci ‘penerbit’ atau ‘UTM’ atau ‘UTM Press’. Data juga menunjukkan bahawa pengunjung laman sesawang penerbit datang daripada pautan jaringan rangkaian media sosial seperti Facebook dan Instagram.

Menurut data Google Analytics, laman Penerbit UTM Press sering dilayari untuk carian e-Jurnal. Pengunjung e-Jurnal datang dari pelbagai negara dan tempoh purata kunjungan mereka ke laman tersebut adalah selama 1.27 minit. Selain itu, pertanyaan tentang   penghantaran makalah untuk diterbitkan dari dalam dan luar Malaysia. Pengunjung juga menghabiskan masa selama 3:28 minit di paparan ‘Contact Us’ atau ‘Hubungi Kami.’ Data juga menunjukkan terdapat penambahan peratusan pengunjung dalam masa sebulan selain peningkatan pembelian buku secara dalam talian. Sementara itu, purata keberadaan seorang pengunjung ke laman muka utama Penerbit UTM Press adalah selama 2.09 minit. Data sebegini membolehkan pihak Penerbit UTM Press merancang pemasaran bercirikan upsell yang bersesuaian dalam tempoh masa tertentu. Ketika penulisan ini dibuat pada 27/07/2020, terdapat seramai 567 pengguna aktif yang melayari laman sesawang Penerbit UTM Press; secara purata laman sesawang dilayari oleh 1836 pengunjung dalam seminggu.

Penerbit UTM Press amat berbesar hati dapat membantu merealisasikan hasrat Universiti menonjolkan kebitaraan sarjana dan ahli akademiknya selain dapat meningkatkan ketampakan hasil penulisan mereka. Melalui inisiatif sistem e-Dagang yang ditambah baik, hasil karya sarjana UTM kini lebih mudah dicapai dan diperoleh melalui pembelian di hujung jari.

 

Research Ecosystem
Universiti Teknologi Malaysia UTM Nexus - Research & Innovation

Office of Deputy Vice Chancellor (Research & Innovation)

DVCRI Profile Johor Bahru Office Kuala Lumpur Office

Higher Institution Centre of Excellence (HI-COE)

Advance Membrane Technology Research Centre - AMTEC Institute of Noise & Vibration - INV Wireless Communication Centre - WCC

Research Institute

Centre of Excellence (COE)

Institute of High Voltage & High Current - IVAT UTM-MPRC Institue for Oil & Gas - IFOG Centre for Artificial Intelligence & Robotics - CAIRO Centre for Engineering Education - CEE Centre for Advanced Composite Materials - CACM Innovation Centre in Agritechnology for Advanced Bioprocessing - ICA Institute of Bioproduct Development - IBD

Service Entity

Research Management Centre - RMC Penerbit UTM Press Centre for Community & Industry Network - CCIN Innovation & Commercialisation Centre - ICC University Laboratory Management Centre - PPMU Institut Sultan Iskandar - UTM-ISI

Get the latest news & events

Customer Satisfaction Index