Description
Alam kanak-kanak menggambarkan kesucian hati dan kenakalan. Pengetahuan terdahulu tentang pelbagai aspek alam kanak-kanak dapat membantu ibu bapa melindungi anak mereka daripada menghadapi masalah kesihatan yang besar.
Buku ini menyediakan begitu banyak maklumat tentang isu berkaitan anak daripada penyusuan ibu, pemakaian lampin, regimen pemvaksinan, latihan menggunakan tandas hingga latihan bahasa dan pertuturan. Buku ini turut membincangkan tentang penyakit kanak-kanak dan rawatannya. Penerangan berkaitan isu relevan seperti perubahan ketika baligh dan tuntutan remaja juga turut dipaparkan.