Description
Diabetes merupakan penyakit kronik, yang boleh dikawal tetapi mustahil disembuhkan. Hampir separuh daripada masyarakat tidak menyedari yang mereka menghidapi diabetes. Gaya hidup yang pantas dan banyak tekanan, pemakanan yang salah dan kurang senaman mengakibatkan pembentukan diabetes pada usia yang muda.Sebagai pengenalan yang mudah tentang diabetes, buku ini membincangkan masalah berkaitan dengan penyakit tersebut dan cara untuk menghindarkan penyakit ini daripada menjejaskan gaya hidup anda.