Description
Adakah anda pernah berpusu-pusu pergi ke klinik yang dikatakan dapat menjanjikan pengurangan berat badan dengan cepat? Adakah anda pernah cuba semuanya ? diet sementara, pil mengawal berat badan dan senaman, namun sia-sia sahaja? Buku ini mengupas tentang obesiti dan masalah yang berkaitan. Pelbagai jenis teknik untuk menurunkan berat badan ada dibincangkan. Buku ini juga memberikan panduan untuk mengekalkan berat badan normal dan membincangkan cara berdiet dan pelbagai jenis senaman untuk membentuk tubuh anda.