Akhlak Jati Diri, Kehidupan, dan Alam Sekitar

RM45.00

Category:

Description

Buku Akhlak: Jati Diri, Kehidupan, dan Alam Sekitar ditulis untuk memberi pendedahan dan kefahaman kepada umat Islam khususnya dan kepada manusia umumnya perihal kesyumulan dan kepentingan akhlak dalam ajaran Islam. Hal demikian dirasakan penting memandangkan nilai-nilai akhlak dalam kalangan umat Islam kini kian terhakis dari segenap segi. Isu-isu seperti penyalahgunaan kuasa, rasuah, sombong, bangga diri, iri hati, merasa diri paling benar, memandang remeh kepada orang lain kian berleluasa dalam masyarakat dan negara. Masalah yang semakin membimbangkan ini menjadi topik yang sering dibicarakan dalam media massa, sama ada media elektronik mahupun media cetak.

Buku ini mengupas mengenai persoalan berkaitan akhlak yang melibatkan tinjauan aspek dari segi konsep, perbezaan antara istilah akhak dan etika, sumber akhlak, bidang bidang akhlak dalam Islam dan beberapa keistimewaan akhlak Islam. Selain membincangkan manhaj al-Quran dalam pembinaan akhlak kepujian. Buku ini juga menyentuh mengenai aspek kecerdasan mental dan fizikal yang tidak terkecuali dari adanya peranan akhlak dalam mengurusnya. Akhlak dalam kerjaya berumah tangga yang juga merupakan aspek penting dalam kehidupan individu dan masyarakat bagi sesebuah negara turut menjadi kupasan dalam buku ini. Perbincangan mengenai aspek-aspek berkaitan amalan kebersihan jasmani dan rohani selaku sebahagian daripada tuntutan akhlak Islam yang murni turut disentuh.

Buku ini sesuai untuk pembacaan pada peringkat pelajar mahupun bacaan umum serta mereka yang berminat mendalami konsep tasawuf dalam pendekatan yang sederhana (wasatiyyah). Buku ini mampu memberi sumbangan pemikiran dan kefahaman kepada pembaca mengenai kepentingan akhlak dan peranannya dalam Islam yang begitu luas dan berusaha menghayati serta mempraktikkannya dalam kehidupan.

Additional information

Weight 1 kg
Dimensions 19 × 23 × 2 cm
Research Ecosystem
Universiti Teknologi Malaysia UTM Nexus - Research & Innovation

Office of Deputy Vice Chancellor (Research & Innovation)

DVCRI Profile Johor Bahru Office Kuala Lumpur Office

Higher Institution Centre of Excellence (HI-COE)

Advance Membrane Technology Research Centre - AMTEC Institute of Noise & Vibration - INV Wireless Communication Centre - WCC

Research Institute

Centre of Excellence (COE)

Institute of High Voltage & High Current - IVAT UTM-MPRC Institue for Oil & Gas - IFOG Centre for Artificial Intelligence & Robotics - CAIRO Centre for Engineering Education - CEE Centre for Advanced Composite Materials - CACM Innovation Centre in Agritechnology for Advanced Bioprocessing - ICA Institute of Bioproduct Development - IBD

Service Entity

Research Management Centre - RMC Penerbit UTM Press Centre for Community & Industry Network - CCIN Innovation & Commercialisation Centre - ICC University Laboratory Management Centre - PPMU Institut Sultan Iskandar - UTM-ISI

Get the latest news & events

Customer Satisfaction Index