Akidah dan Akhlak dalam Pendidikan Islam

RM40.00

Out of stock

Category: Tag:

Description

Akidah dan Akhlak dalam Pendidikan Islam merupakan sebuah buku yang berkisar kepada peranan akidah terhadap penghayatan akhlak para pelajar. Akidah daripada perspektif Islam diibaratkan seperti tunjang bagi sepohon pokok. Kuat tunjangnya, maka menjadi kuat sepohon pokok. Begitu juga dengan seorang Muslim, apabila akidahnya mantap, maka kuat juga kekuatan diri sebagai seorang Muslim sehingga mampu menjadi seorang Mukmin yang bertakwa, beramal soleh, dan berakhlak mulia. Kekuatan akidah juga menjadikan umat Islam kental dan dinamik dalam membawa obor kegemilangan yang bersepadu sehingga menjadi suri teladan kepada seluruh umat manusia. Sebaliknya, kelemahan akidah ini menghilangkan seri keindahan Islam yang terjelma dalam diri umat dalam pelbagai bentuk seperti pengabdian ibadah, akhlak, adab, dan sopan. Oleh itu, penghasilan buku ini adalah relevan dengan keperluan umat Islam bagi menyoroti peranan Pendidikan Islam dengan teras akidah dalam membangunkan penghayatan akhlak para pelajar dan umat Islam. Buku ini diharap dapat menjadi rujukan utama umat Islam khususnya kepada Bahagian Kurikulum dan Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri, Institusi Pengajian Tinggi Awan dan Swasta, para guru Pendidikan Islam serta para pelajar peringkat sekolah menengah dan sekolah rendah yang ingin memahami peranan akidah dalam pembentukan keperibadian akhlak umat Islam.

Additional information

Ebook

Yes
Link : https://www.e-sentral.com/book/info/97477

Research Ecosystem
University Teknologi Malaysia UTM Nexus

Higher Institution Center of Excellence (HI-COE)

AMTEC INV WCC

Research Institute

IFE RISE IVESE ISI-SIR IHUMEN ISIIC

Center of Excellence (COE)

IVAT IFOG CAIRO CEE CACM ICA IBD

Service Entity

RMC UTM PRESS CCIN ICC PPMU UTM-ISI

DVCRI Office

Johor Bahru Kuala Lumpur DVCRI Profile

Get the latest news and events.

Share your thoughts.