Description
Adakah anda pemimpin sekolah yang sentiasa memikirkan cara untuk mempraktikkan amalan kepimpinan instruksional dalam meningkatkan prestasi akademik mahu pun sahsiah murid di sekolah? Buku ini amat sesuai untuk anda. Kepimpinan instruksional telah terbukti mampu meningkatkan pencapaian akademik. Namun terdapat pelbagai isu berkaitan amalan ini dan peranannya dalam meningkatkan prestasi akademik juga kadang kala disangkal. Oleh itu, buku ini menghuraikan amalan kepimpinan instruksional pemimpin sekolah dan juga meneroka pelaksanaan strategi yang digunakan oleh mereka dalam melaksanakan kepimpinan instruksional. Rumusannya, amalan kepimpinan instruksional telah dipraktikkan oleh pemimpin sekolah di Malaysia dalam memacu sekolah ke arah pencapaian visi dan misi yang telah ditetapkan.