Description
Pelaksanaan Analisis Keperluan Latihan yang sistematik dan menyeluruh mampu meningkatkan keberkesanan latihan sesebuah organisasi. Buku Analisis Keperluan Latihan& Teori dan Praktis ini menjelaskan teori, konsep dan langkah-langkah dalam menentukan keperluan latihan pekerja dan organisasi. Buku ini turut memuatkan beberapa contoh kajian kes, soalan latihan dan instrumen yang boleh digunapakai untuk menganalisis keperluan latihan. Buku ini sesuai dijadikan bahan rujukan oleh pelajar, pengamal latihan dan mereka yang berminat untuk mempelajari, memperbaiki dan memastikan sebarang pendekatan yang diambil dalam membuat pelaburan tentang latihan adalah efektif.