Antologi Puisi Kemerdekaan dan Patriotisme: Warkah Anak Merdeka Universiti Teknologi Malaysia

RM15.00

Category: Tag:

Description

Malaysiaku Gemilang begitulah tema Hari Kebangsaan Malaysia yang ke-50 tahun yang bakal kita sambut pada 31 Ogos ini. Kemerdekaan perlu kita pertahankan dalam segala aspek kehidupan agar generasi akan datang dapat terus mengecap nikmatnya. Maka sesuai dengan itulah Antologi Puisi: Warkah Anak Merdeka Universiti Teknologi Malaysia diterbitkan khas sempena sambutan jubli emas kemerdekaan negara. Penerbitannya berjaya diusahakan hasil daripada penganjuran Sayembara Menulis Puisi Kemerdekaan dan Patriotisme Negara bagi staf Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Matlamat sayembara adalah untuk memperkukuhkan semangat patriotisme, di samping mencungkil bakat penyair dalam kalangan staf UTM yang rata-rata berlatar belakang disiplin sains dan teknologi. Penyertaan daripada staf akademik dan bukan akademik dari pelbagai jabatan dan fakulti di UTM Skudai, bahkan staf dari City Campus, Kuala Lumpur amat menggalakkan. Seramai 73 orang penyair terdiri daripada 30 orang staf akademik dan 43 staf bukan akademik daripada pelbagai kumpulan perjawatan menyertai sayembara ini. Sebanyak 123 buah puisi diterima dan setelah proses saringan menerusi penilaian yang berasaskan piawaian kriteria penilaian Dewan Bahasa dan Pustaka, hasilnya sebanyak 50 puisi dipilih. Inilah pertama kali penerbitan seumpama ini direncanakan sebagai satu usaha merakamkan tanda cinta dan patriotisme staf UTM dalam menyemarakkan dunia kesusasteraan tanah air.

Research Ecosystem
University Teknologi Malaysia UTM Nexus

Higher Institution Center of Excellence (HI-COE)

AMTEC INV WCC

Research Institute

IFE RISE IVESE ISI-SIR IHUMEN ISIIC

Center of Excellence (COE)

IVAT IFOG CAIRO CEE CACM ICA IBD

Service Entity

RMC UTM PRESS CCIN ICC PPMU UTM-ISI

DVCRI Office

Johor Bahru Kuala Lumpur DVCRI Profile

Get the latest news and events.

Share your thoughts.