Description
Buku ini menerangkan secara keseluruhan mengenai arena menunggang kuda bagi tiga jenis arena iaitu arena terbuka, tertutup, dan arena berbumbung (separa tertutup). Semua maklumat akan diterangkan dalam buku ini terutama berkaitan reka bentuk dan faktor-faktor pembinaan. Secara keseluruhan buku ini mempunyai 11 bab iaitu pengenalan, penggunaan, faktor-faktor pembinaan, jenis dan saiz arena, jenis permukaan, reka bentuk dan lapisan pada permukaan arena menunggang. Selain daripada bab berkenaan, bab lain yang ada pada buku ini ialah reka bentuk dan pembinaan sistem perparitan, jenis pagar, tiang dan juga pintu yang dipasang di arena. Bagi arena tertutup juga terdapat juga bab yang menerangkan berkaitan sistem pencahayaan, pengudaraan serta keselamatan. Antara bab yang paling penting dalam buku ini ialah seperti penyelenggaraan dan juga panduan pembinaan arena menunggang bagi ketiga-tiga jenis. Tujuan buku ini dihasilkan adalah untuk menyebarkan dan memberi maklumat tentang reka bentuk dan pembinaan arena menunggang kuda yang perlu diketahui secara umum. Diharapkan dengan adanya buku ini secara langsung memberi panduan dan kefahaman mengenai kepentingan penyediaan fasiliti ekuin (arena menunggang) untuk menjaga kebajikan kuda dan seterusnya akan membantu meningkatkan kualiti hidup untuk generasi akan datang seperti menjana pendapatan seterusnya memberi keuntungan dan memberikan banyak peluang pekerjaan. Kekurangan maklumat tentang kemudahan asas seperti jenis, reka bentuk, saiz dan bahan binaan yang bersesuaian dengan negara ini menyebabkan hanya 2% pusat ekuin di negara ini yang menyediakan kemudahan asas yang mengikut piawaian dan faktor-faktor pembinaannya. Oleh yang demikian, buku ini telah dihasilkan oleh pensyarah di Universiti Teknologi Malaysia yang merupakan universiti pertama di Asia dalam bidang sarjana muda pengurusan kuda.