Description
Buku ini ditulis bertujuan untuk menjelaskan aspek-aspek asas yang penting dalam memahami sesuatu sistem perhubungan elektronik. Beberapa jenis sistem perhubungan yang umum dihuraikan dalam bentuk yang mudah untuk difahami. Ini meliputi sistem radio, televisyen, penghantaran isyarat digit dan rangkaian komputer. Kandungan buku ini telah disusun sebagai bahan pengajaran bagi pelajar peringkat Sarjana Muda Sains Industri (Fizik) di Fakulti Sains, Universiti Teknologi Malaysia. Walaupun begitu, buku ini dapat juga dijadikan sebagai bahan asas bagi kursus kejuruteraan lain, terutamanya Kejuruteraan Elektrik Perhubungan di peringkat universiti, kolej dan politeknik.