Beberapa Aspek Tamadun Melayu, India, China & Jepun

RM40.00

Out of stock

Category: Tag:

Description

Beberapa Aspek Tamadun Melayu, India, China dan Jepun merupakan hasil penulisan pensyarah yang mengajar mata pelajaran Tamadun Islam dan Tamadun Asas di Universiti Teknologi Malaysia. TITAS 2 ialah mata pelajaran elektif yang diwajibkan di semua Institusi Pengajian Tinggi Awam di Malaysia. Justeru, penulis cuba menyelusuri dan memaparkan empat tamadun penting Asia, iaitu Melayu, India, China dan Jepun. Secara umumnya, kandungan buku ini diolah secara deskriptif dan penekanan kandungannya dibuat secara faktual, konseptual dan kefalsafahan. Buku ini sarat dengan nilai, etika dan pemikiran yang mampu memberikan kefahaman dan kesedaran kepada pelajar khususnya tentang harga sebuah peradaban. Buku ini juga memberikan gambaran kepada pembaca tentang betapa hebatnya tamadun Asia dalam konteks membangunkan bangsa Asia menjadi satu bangsa yang bermaruah dan disegani di dunia. Dunia mengakui bahawa keempat-empat tamadun ini telah memberikan sumbangan yang besar dalam pelbagai dimensi kehidupan manusia ? politik, ekonomi, sosial, teknologi, budaya, pemikiran dan nilai?nilai luhur, sama ada dalam konteks tradisi mahu pun kontemporari. Paling menarik, tiga daripada empat tamadun yang dipaparkan dalam buku ini memberi kesan langsung kepada masyarakat majmuk di Malaysia, iaitu Melayu, Cina dan India. Oleh yang demikian, paparan keempat-empat tamadun ini diharapkan dapat memberi nilai tambah kepada masyarakat Melayu, Cina dan India untuk lebih memahami, menghargai dan menghormati antara satu sama lain. Buku ini merupakan rujukan tambahan kepada beberapa buah buku yang ada di pasaran. Buku ini amat sesuai dibaca oleh semua golongan khususnya para pelajar yang mengambil mata pelajaran TITAS 2. Selain itu, buku ini juga sesuai dibaca oleh sesiapa juga yang berminat untuk memperluas pengetahuan yang berkaitan dengan keempat?empat tamadun ini. Justeru, diharapkan agar buku ini mampu memberikan kefahaman yang jelas tentang beberapa aspek tamadun Asia ? Melayu, India, China dan Jepun.

Research Ecosystem
Universiti Teknologi Malaysia UTM Nexus - Research & Innovation

Office of Deputy Vice Chancellor (Research & Innovation)

DVCRI Profile Johor Bahru Office Kuala Lumpur Office

Higher Institution Centre of Excellence (HI-COE)

Advance Membrane Technology Research Centre - AMTEC Institute of Noise & Vibration - INV Wireless Communication Centre - WCC

Research Institute

Centre of Excellence (COE)

Institute of High Voltage & High Current - IVAT UTM-MPRC Institue for Oil & Gas - IFOG Centre for Artificial Intelligence & Robotics - CAIRO Centre for Engineering Education - CEE Centre for Advanced Composite Materials - CACM Innovation Centre in Agritechnology for Advanced Bioprocessing - ICA Institute of Bioproduct Development - IBD

Service Entity

Research Management Centre - RMC Penerbit UTM Press Centre for Community & Industry Network - CCIN Innovation & Commercialisation Centre - ICC University Laboratory Management Centre - PPMU Institut Sultan Iskandar - UTM-ISI

Get the latest news & events

Customer Satisfaction Index