Description
Book chapters ini mengandungi 10 bab bertujuan untuk menjelaskan tentang prinsip-prinsip dalam perlaksanaan peperiksaan dan amali bagi laluan kerjaya profesion juruukur tanah di Malaysia. Untuk layak menjadi seorang Juruukur Tanah Berlesen, calon mesti melepasi peperiksaan amali. Pada dasarnya, terdapat tujuh tugas amali dan satu kerja luar peperiksaan amali di lapangan yang menghendakkan calon mengemukakan laporan selepas melakukan ukuran kerja luar. Buku ini memberikan penjelasan terkini kepada pembaca yang akan menduduki peperiksaan kelayakan profesional, iaitu tugas amali dan peperiksaan amali di lapangan. Ukuran untuk tujuan hak milik merupakan satu kerja melaksanakan ukuran kadaster ke atas lot-lot berkaitan untuk menentukan kedudukan dan keluasan muktamad. Manakala ukuran untuk tujuan pemetaan adalah merupakan aktiviti-aktiviti kerja ukur selain daripada ukuran hak milik, misalnya ukur kejuruteraan, ukur topografi dan ukur hidrografi. Buku ini memfokuskan kepada prinsip-prinsip perlaksanaan peperiksaan amali serta prinsip-prinsip menjalankan kerja luar peperiksaan amali profesion. Buku ini juga memberi contoh laporan kajian kes kepada alumni geomatik (ukur tanah) dalam menjalani peperiksaan tugasan amali profesion. Buku ini amat bermanfaat kepada pensyarah dan pelajar universiti dan politeknik, Juruukur Tanah Berlesen serta juruukur tanah yang hendak menduduki peperiksaan kelayakan profesional.