Biodiesel daripada Minyak Jarak

RM70.00

Category:

Description

Buku ini memfokuskan kepada penghasilan bahan api biodiesel daripada minyak jarak mentah.  Kaedah mudah dan lazim digunakan adalah kaedah transesterifikasi yang menukarkan minyak jarak mentah kepada metil ester.  Kaedah ini juga adalah agak murah berbanding keadah-kaedah lain.  Minyak jarak mentah perlu diproses terlebih dahulu sebelum dijadikan biodiesel kerana dalam keadaan asalnya, ia tidak boleh digunakan kerana kelikatan kinematiknya sangat tinggi.  Selepas melalui proses transesterifikasi, kelikatan kinematik dan lain-lain sifat fizikal minyak jarak ini menjadi setanding dengan sifat-sifat bahan api diesel fosil.  Namun demikian, ia hanya digunakan dalam bentuk adunan bersama-sama dengan bahan api diesel. Contohnya, adunan B5 merupakan 5% bahan api biodiesel daripada minyak jarak dicampurkan dengan 95% bahan api diesel fosil.  Buku ini juga membentangkan hasil kajian mengenai prestasi pembakaran biodiesel daripada minyak jarak dalam sistem pembakar minyak yang lazim.  Pelepasan gas emisi seperti nitrogen oksida, karbon monoksida, sulfur dioksida dan hidrokarbon tidak terbakar umumnya menunjukkan prestasi yang lebih baik selain kualiti pembakaran yang meningkat berbanding dengan bahan api diesel.  Buku ini ditujukan kepada pembaca umum yang ingin mengetahui mengenai bahan api biodiesel daripada minyak tumbuhan secara umum serta berfokus kepada minyak jarak.  Semua proses berkaitan dalam menukar minyak jarak kepada bahan api biodiesel diterangkan dalam buku ini dengan gaya yang tidak terlalu teknikal, untuk bacaan umum.  

Research Ecosystem
University Teknologi Malaysia UTM Nexus

Higher Institution Center of Excellence (HI-COE)

AMTEC INV WCC

Research Institute

IFE RISE IVESE ISI-SIR IHUMEN ISIIC

Center of Excellence (COE)

IVAT IFOG CAIRO CEE CACM ICA IBD

Service Entity

RMC UTM PRESS CCIN ICC PPMU UTM-ISI

DVCRI Office

Johor Bahru Kuala Lumpur DVCRI Profile

Get the latest news and events.

Share your thoughts.