Cabaran Wanita Mengharungi Perceraian dan Gantung Tidak Bertali di Johor

Category:

Description

Buku Cabaran Wanita Mengharungi Perceraian dan Gantung Tidak Bertali di Johor ini merupakan satu output hasil daripada penyelidikan yang dilaksanakan selaras usahasama antara Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim (YPKDT) dengan Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Penyelidikan yang dijalankan berkenaan masalah perceraian dan gantung tidak bertali ini mengetengahkan isu-isu berkaitan faktor-faktor serta cabaran yang dialami oleh golongan tersebut di negeri Johor. Hal ini dilihat relevan memandangkan fenomena perceraian dan gantung tidak bertali semakin meningkat, khasnya di negeri Johor.
Secara dasarnya, buku ini membincangkan faktor-faktor serta cabaran yang dialami oleh ibu tunggal dan isteri digantung tidak bertali secara terperinci serta disokong oleh maklumat temu bual yang bersifat mendalam. Ia berupaya memberikan pembaca impak yang lebih bersifat emic iaitu dari perspektif dan pengalaman golongan ibu tunggal serta isteri digantung tidak bertali. Pendedahan maklumat dalam isu ini juga mampu memberi idea kepada pihak berwajib dalam penambahbaikan dasar atau polisi. Bantuan jangka pendek serta langkah-langkah jangka panjang boleh dilaksanakan agar dapat melestarikan kesejahteraan sosial warga Johor.
Oleh yang demikian, buku ini sesuai untuk dijadikan sebagai bahan rujukan khususnya untuk pihak berkepentingan seperti kerajaan negeri, YPKDT, serta penggubal polisi dalam mendalami isu berkaitan perceraian dan gantung tidak bertali agar dapat membantu golongan yang terkesan. Selain itu, buku ini juga boleh dijadikan rujukan oleh penyelidik, pensyarah, pelajar, dan orang ramai yang berminat dalam isu tersebut sama ada untuk menambah ilmu atau mengembangkan lagi korpus ilmu berkaitan sosiologi kekeluargaan.

Additional information

Weight 1 kg
Dimensions 19 × 23 × 2 cm
Research Ecosystem
Universiti Teknologi Malaysia UTM Nexus - Research & Innovation

Office of Deputy Vice Chancellor (Research & Innovation)

DVCRI Profile Johor Bahru Office Kuala Lumpur Office

Higher Institution Centre of Excellence (HI-COE)

Advance Membrane Technology Research Centre - AMTEC Institute of Noise & Vibration - INV Wireless Communication Centre - WCC

Research Institute

Centre of Excellence (COE)

Institute of High Voltage & High Current - IVAT UTM-MPRC Institue for Oil & Gas - IFOG Centre for Artificial Intelligence & Robotics - CAIRO Centre for Engineering Education - CEE Centre for Advanced Composite Materials - CACM Innovation Centre in Agritechnology for Advanced Bioprocessing - ICA Institute of Bioproduct Development - IBD

Service Entity

Research Management Centre - RMC Penerbit UTM Press Centre for Community & Industry Network - CCIN Innovation & Commercialisation Centre - ICC University Laboratory Management Centre - PPMU Institut Sultan Iskandar - UTM-ISI

Get the latest news & events

Customer Satisfaction Index