Description
Hidrologi ialah satu daripada cabang ilmu sains yang berhubung kait dengan air termasuk kejadian pembentukan air, kandungan air, dan pergerakan air sama ada di atmosfera, di atas atau di bawah permukaan bumi, dan di lautan. Buku ini mengupas konsep asas kitaran hidrologi dan komponen serta peranannya secara terperinci. Proses kitaran hidrologi ini merangkumi enam aspek, iaitu pintasan dan storan lekukan, kerpasan, sejatan dan sejatpeluhan, penyusupan dan kelembapan tanah, air larian dan luahan (banjir), dan air bawah tanah. Penjelasan terperinci tentang kesemua komponen kitaran hidrologi tersebut membolehkan pembaca memahami dengan jelas faktor utama yang menyebabkan berlakunya perubahan bentuk air dalam kitaran hidrologi. Buku ini sesuai sebagai bahan rujukan yang penting kepada pelajar di institusi pengajian tinggi yang mengambil subjek hidrologi dan bacaan umum kepada individu yang berminat untuk memahami tentang segala aspek berkaitan dengan air, iaitu satu sumber yang bermanfaat kepada aktiviti manusia.