Description
Author : Prof. H.Y.S Santosa Giriwijoyo, Dr. Dikdik Zafar Sidik
ISBN : 9789674607975
Kegagalan dalam memahami teori Fisiologi Sukan akan menghasilkan konsep yang salah, lalu mengakibatkan amalan yang salah, sehingga boleh mengakibatkan bahaya bahkan kematian. Oleh sebab itu, fakta dalam fisiologi dan teori yang berkembang daripadanya perlu difahami dan dihayati dengan mendalam supaya tidak berlaku kesilapan dalam aplikasi atau penerapannya.Fisiologi Sukan ialah asas untuk ilmu kejurulatihan. Tanpa pengetahuan fisiologi sukan, pelaksanaan kejurulatihan akan menjadi tidak ilmiah, iaitu dilakukan tanpa berlandaskan ilmu yang betul. Selepas membaca buku yang padat dengan penjelasan tentang fisiologi sukan ini, pelajar/pembaca sepatutnya dapat memahami teori dan konsep fisiologi sukan yang diperlukan, supaya dapat mengamalkannya dengan baik dan betul dalam tugas mereka sebagai atlet, guru Pendidikan Jasmani, atau jurulatih untuk sukan kompetitif