Ismail Karim: Penjana Agenda Negeri (Kulit Keras)

RM60.00

Category: Tag:

Description

Secara umumnya, buku ini mengetengahkan ketokohan Yang Berhormat Dato’ Ismail bin Karim. Buku ini turut menjelaskan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor (UUTKJ) 1895 yang menggambarkan ketinggian peradaban sistem pentadbiran Kerajaan Johor. UUTKJ memerihalkan peranan dan bidang kuasa Sultan Johor, pembentukan Majlis Jemaah Menteri dan kewujudan Majlis Mesyuarat Kerajaan. Mauduk buku ini memfokuskan sejarah biografi Dato’ Ismail yang terlibat dalam Perkhidmatan Awam Johor selama 36 tahun. Kemuncaknya, beliau dilantik menjadi Setiausaha Kerajaan Johor (SUK). Beliau menginsafi bahawa jawatan SUK merupakan amanah dan tanggungjawab paling berat. Beliau berusaha memastikan sistem pentadbiran kerajaan Johor adalah cekap, berkesan, dan terbaik demi memenuhi tuntutan zaman serta kehendak rakyat.Suatu yang menarik, Dato’ Ismail berpeluang memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada DYMM Sultan Ibrahim yang berkenan atas pelantikannya sebagai SUK. Beliau juga berjaya merealisasikan dasar-dasar Kerajaan Johor pimpinan YAB Dato’ Mohamed Khaled Nordin yang bertemakan Muafakat Bangsa Johor ke Arah Johor Berkemajuan.

Buku ini perlu dibaca dan difahami oleh semua penjawat awam di Johor supaya mereka boleh menzahirkan semangat yang tinggi bagi meneruskan legasi pentadbiran Johor Moden yang telah diasaskam oleh Almarhum DYMM Sultan Abu Bakar.

Research Ecosystem
University Teknologi Malaysia UTM Nexus

Higher Institution Center of Excellence (HI-COE)

AMTEC INV WCC

Research Institute

IFE RISE IVESE ISI-SIR IHUMEN ISIIC

Center of Excellence (COE)

IVAT IFOG CAIRO CEE CACM ICA IBD

Service Entity

RMC UTM PRESS CCIN ICC PPMU UTM-ISI

DVCRI Office

Johor Bahru Kuala Lumpur DVCRI Profile

Get the latest news and events.

Share your thoughts.