Description
Kajian tindakan merupakan satu strategi pembangunan profesional dalam kalangan guru. Kajian tindakan melibatkan satu pusingan merancang, bertindak, memerhati dan membuat refleksi proses pengajaran dan pembelajaran guru di dalam kelas. Tujuan akhir adalah bagi memperbaiki amalan guru dalam kelas. Namun, ramai guru beranggapan bahawa kajian tindakan adalah rumit dan membebankan. Tujuan buku ini dihasilkan adalah untuk memberikan panduan mudah kepada guru-guru, khasnya guru-guru Fizik bagaimana untuk melaksanakan kajian tindakan dengan ringkas. Contoh-contoh yang diberikan dalam buku ini juga berkisar kajian tindakan yang dijalankan oleh guru-guru fizik. Pembaca bukan setakat mendapat idea dan inspirasi untuk merancang kajian tindakan untuk kelas sendiri, malahan teknik-teknik pengajaran dan pembelajaran fizik yang berkesan untuk diamalkan dalam kelas fizik.