Description
Profesion seorang kaunselor sememangnya tidak boleh dipisahkan daripada perkataan “menolong” yang dilaksanakan secara profesional dalam kalangan masyarakat kita. Malahan, kaunseling merupakan salah satu perkhidmatan signifikan di Malaysia yang menyumbang ke arah pembangunan modal insan, terutamanya bagi membantu individu yang berhadapan dengan pelbagai isu atau masalah dalam kehidupan. Pada hakikatnya, pelbagai isu kesihatan mental pada masa kini juga telah mendorong kebanyakkan individu untuk mempelajari dan mempraktikkan ciri-ciri menolong berdasarkan pendekatan kaunseling.
Oleh yang demikian, buku ini akan mengupas secara terperinci tentang ciri-ciri kualiti peribadi yang perlu dimiliki oleh seseorang kaunselor atau penolong yang berkesan dalam perhubungan kaunseling. Isu-isu semasa dalam proses menolong klien turut dibincangkan berserta strategi menanganinya. Selain itu, aplikasi pelbagai contoh kes kaunselong juga telah dikemukakan berserta perbincangannya.
Garapan bahasa yang diolah secara terperinci dan muda berserta pelbagai contoh dan ilustrasi telah disaji bagi menjadikan buku ini lebih menarik dan mudah untuk dibaca dan difahami. Penulisan buku ini juga telah dimantapkan dengan pelbagai contoh kes kaunseling yang relevan.
Justeru, buku ini sesuai sebagai bahan rujukan, khususnya kepada para kaunselor di Malaysia, baik yang masih baharu mahupun yang telah berpengalaman berkhidmat bagi memantapkan profesionalisme kaunseling yang diceburi. Buku ini juga boleh dijadikan rujukan buat para pelajar dan pensyarah di kolej, institusi pendidikan guru, institusi pengajian tinggi, para pengamal kaunseling, dan para pendidik di sekolah atau mana-mana individu atau kumpulan yang berminat untuk mempelajari pendekatan kaunseling dalam proses menolong secara berkesan.