Description
Buku ini membincangkan aspek kelestarian ekosistem sara diri masyarakat Orang Asli dengan menggabungkan semua sumber pendapatan hasil yang dinilai dalam bentuk wang berdasarkan harga pasaran. Penyelidikan ini telah dijalankan di beberapa buah perkampungan Orang Asli di Cameron Highlands dan Lipis, Pahang. Kini, pendekatan mengukur kemiskinan berpandukan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) adalah tidak sesuai digunakan untuk mengukur jumlah purata pendapatan isi rumah Orang Asli. Hal ini kerana pendapatan aktiviti sara diri dan mencari hasil hutan yang dikira dalam bentuk wang memberi sumbangan besar terhadap jumlah purata pendapatan isi rumah, terutamanya di kawasan pedalaman. Buku ini sesuai dibaca dan digunakan sebagai rujukan oleh pihak agensi yang terlibat dengan pembangunan Orang Asli, ahli akademik dan penyelidik, pelajar serta masyarakat awam.