Keluarga Sejahtera Asas & Amalan

RM40.00

Category:

Description

Kes perceraian di Malaysia saban tahun dilihat sangat merisaukan dengan peningkatan perceraian yang luar biasa membabitkan pasangan bukan islam mahupun bagi pasangan yang beragama islam. Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) merekodkan sebanyak 1,749 kes pada tahun 2017, meningkat kepada 2,016 kes pada tahun 2018. Manakala, dalam kalangan pasangan Islam menurut Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Datuk Dr Mohd Naim Mokhtar Kes perceraian pasangan Islam paling tinggi yang direkodkan di seluruh negara sepanjang tahun lalu membabitkan negeri maju seperti Selangor dan Johor. Daripada keseluruhan 45,420 kes penceraian yang didaftarkan di seluruh negara pada 2021, Selangor mencatatkan 8,811 kes, diikuti Johor 5,058 kes, Perak 4,215 kes dan Kelantan 4,093 kes. Antara punca utama yang dikenal pasti ialah tiada persefahaman antara pasangan, faktor kewangan, gagal menunaikan tanggungjawab memberi nafkah, pasangan curang dan campur tangan keluarga.

Rentetan daripada itu, usaha untuk memberi pendedahan dan kesedaran dinukilkan dalam buku ini bagi mengatasi masalah perceraian di samping meningkatkan lagi kualiti kekeluargaan bagi memantapkan peranan dan tanggungjawab institusi keluarga secara sistematik melalui aspek sosial, ekonomi, pemantapan kerohanian dan pengurusan konflik. Seterusnya membantu pembentukan masyarakat yang sejahtera, bahagia dalam semangat permuafakatan pelbagai bangsa dengan melihat kepada kepentingan dan keperluan yang kritikal dalam memastikan kestabilan institusi keluarga dan usaha dari pelbagai pihak sangat diperlukan dalam memastikan keluarga sejahtera terus terbina bermula daripada asas pembentukannya. Hal ini boleh mengurangkan kesukaran dalam usaha mencari sejahtera dalam hidup jika setiap manusia tahu tanggungjawab masing-masing terhadap sesama manusia dan juga kepada Pencipta.

Rentetan daripada itu, usaha untuk memberi pendedahan dan kesedaran dinukilkan dalam buku ini bagi mengatasi masalah perceraian di samping meningkatkan lagi kualiti kekeluargaan bagi memantapkan peranan dan tanggungjawab institusi keluarga secara sistematik melalui aspek sosial, ekonomi, pemantapan kerohanian dan pengurusan konflik. Seterusnya membantu pembentukan masyarakat yang sejahtera, bahagia dalam semangat permuafakatan pelbagai bangsa dengan melihat kepada kepentingan dan keperluan yang kritikal dalam memastikan kestabilan institusi keluarga dan usaha dari pelbagai pihak sangat diperlukan dalam memastikan keluarga sejahtera terus terbina bermula daripada asas

pembentukannya. Hal ini boleh mengurangkan kesukaran dalam usaha mencari sejahtera dalam hidup jika setiap manusia tahu tanggungjawab masing-masing terhadap sesama manusia dan juga kepada Pencipta.

Additional information

Weight 1 kg
Dimensions 19 × 23 × 2 cm
Research Ecosystem
Universiti Teknologi Malaysia UTM Nexus - Research & Innovation

Office of Deputy Vice Chancellor (Research & Innovation)

DVCRI Profile Johor Bahru Office Kuala Lumpur Office

Higher Institution Centre of Excellence (HI-COE)

Advance Membrane Technology Research Centre - AMTEC Institute of Noise & Vibration - INV Wireless Communication Centre - WCC

Research Institute

Centre of Excellence (COE)

Institute of High Voltage & High Current - IVAT UTM-MPRC Institue for Oil & Gas - IFOG Centre for Artificial Intelligence & Robotics - CAIRO Centre for Engineering Education - CEE Centre for Advanced Composite Materials - CACM Innovation Centre in Agritechnology for Advanced Bioprocessing - ICA Institute of Bioproduct Development - IBD

Service Entity

Research Management Centre - RMC Penerbit UTM Press Centre for Community & Industry Network - CCIN Innovation & Commercialisation Centre - ICC University Laboratory Management Centre - PPMU Institut Sultan Iskandar - UTM-ISI

Get the latest news & events

Customer Satisfaction Index