Kemahkotaan DYMM Sultan Ibrahim Sultan Johor

RM120.00

Category: Tag:

Description

Johor merupakan satu-satunya negeri di Malaysia yang mempunyai mahkota dan melangsungkan Istiadat Kemahkotaan Sultan. Maharaja Abu Bakar yang memperoleh pengiktirafan antarabangsa sebagai Sultan Johor melalui Perjanjian Setia dengan Inggeris pada 1885 mengilhamkan dan menzahirkan sebuah mahkota untuk baginda dan Sultan-sultan pengganti baginda. Tindakan itu merupakan langkah radikal dalam usaha pemodenan negeri Johor.

Sultan Abu Bakar menaiki Takhta Kerajaan Johor pada 1862, tetapi Istiadat Kemahkotaan baginda berlangsung pada 1886. Sultan Abu Bakar mengkanunkan undang-undang tentang pengganti Takhta Kerajaan Johor dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895. Tetapi, baginda tidak menetapkan Istiadat Kemahkotaan sebagai satu syarat atau proses undang-undang untuk menaiki Takhta Kerajaan. Oleh sebab itu, Istiadat Kemahkotaan lebih merupakan adat istiadat, dan bukan keperluan undang-undang. Mahkota dan Istiadat Kemahkotaan mengesahkan legitimasi pelantikan Sultan dan meningkatkan kedaulatan baginda.

Buku ini meriwayatkan strategi Maharaja Abu Bakar dalam usaha baginda memperoleh pengiktirafan sebagai Sultan; dan memerihalkan kebijaksanaan baginda mengilhamkan falsafah serta menzahirkan Barang Kemas Kerajaan, Peralatan Kebesaran Diraja, dan simbol kekuasaan baginda yang dihormati.
Buku ini juga mencatatkan keprihatinan Sultan Ibrahim dan pelibatan baginda sendiri bagi memastikan tercapainya hasrat baginda supaya perayaan Kemahkotaan menjadi peristiwa yang eksklusif untuk kenang-kenangan semua rakyat. Baginda begitu terlibat dalam usaha-usaha memulihara Barang Kemas Kerajaan, membersihkan dan menambah baik tempat untuk semua upacara dan istiadat, memilih warna dan reka bentuk perabot, aksesori perabot, dan cenderamata. Baginda meluangkan masa untuk menguji setiap kerusi yang direka khas bagi memastikan ia selesa untuk tetamu-tetamu baginda. Baginda menempah khas set pinggan mangkuk dan barang-barang perak dari Eropah dan Timur. Baginda berangkat hadir dan terlibat sendiri dalam raptai dan latihan bagi memastikan ketepatan masa dan pematuhan kepada adat istiadat. Untuk Majlis Santapan Diraja, baginda sendiri memilih menu yang menepati cita rasa tetamu-tetamu baginda.

Istiadat Kemahkotaan penuh dengan adat istiadat istana yang diwarisi daripada pemerintah-pemerintah Johor yang terdahulu. Istiadat itu memperlihatkan kemodenan bertemakan warna biru dan keemasan yang menghiasi Bilik Singgahsana; pakaian istiadat; kamera robotik dan mikrofon jarak jauh yang digunakan. Istiadat Terimaan, upacara pemahkotaan Duli-Duli Yang Maha Mulia Sultan dan Raja Zarith Sofiah oleh Dato’ Mufti, bacaan doa, lafaz ikrar raja, dan istiadat menghadap takzim, menekankan pentingnya adat istiadat dipelihara.

Antara acara kemuncak Istiadat Kemahkotaan ialah pengurniaan gelaran Permaisuri Johor kepada DYMM Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah, suri baginda, yang merupakan satu kelainan kerana gelaran Permaisuri tidak pernah digunakan di Johor sebelum ini.
Buku ini memerihalkan perayaan Kemahkotaan menjadi peristiwa yang mengeratkan kerjasama dan persefahaman dalam kalangan rakyat Johor, dan sebagai bukti nyata bahawa institusi diraja masih relevan. Kemahkotaan Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Johor melambangkan puncak kejayaan dan kemegahan negeri Johor.

Research Ecosystem
Universiti Teknologi Malaysia UTM Nexus - Research & Innovation

Office of Deputy Vice Chancellor (Research & Innovation)

DVCRI Profile Johor Bahru Office Kuala Lumpur Office

Higher Institution Centre of Excellence (HI-COE)

Advance Membrane Technology Research Centre - AMTEC Institute of Noise & Vibration - INV Wireless Communication Centre - WCC

Research Institute

Centre of Excellence (COE)

Institute of High Voltage & High Current - IVAT UTM-MPRC Institue for Oil & Gas - IFOG Centre for Artificial Intelligence & Robotics - CAIRO Centre for Engineering Education - CEE Centre for Advanced Composite Materials - CACM Innovation Centre in Agritechnology for Advanced Bioprocessing - ICA Institute of Bioproduct Development - IBD

Service Entity

Research Management Centre - RMC Penerbit UTM Press Centre for Community & Industry Network - CCIN Innovation & Commercialisation Centre - ICC University Laboratory Management Centre - PPMU Institut Sultan Iskandar - UTM-ISI

Get the latest news & events

Customer Satisfaction Index