Keutamaan Zikrullah, Wirid dan Doa di Tanah Suci Mekah

RM55.00

Out of stock

Category:

Description

Keutamaan Zikrullah, Wirid, dan Doa Di Tanah Suci Mekah merupakan himpunan maklumat berkaitan zikrullah, wirid, dan doa ketika berada di Tanah Suci Mekah sama ada ketika menunaikan ibadah haji, umrah atau ziarah ke manasik (tempat-tempat pelaksanaan haji) dan tempat bersejarah. Terdapat pelbagai cara untuk seseorang itu mendekatkan dirinya kepada Allah SWT. Antaranya adalah dengan melakukan amalan zikrullah, doa, dan wirid ketika berada di Tanah Suci Mekah. Pengertian zikir tidak terbatas kepada mengingati Allah SWT semata, malah secara tidak langsung, amalan zikir juga mengakui kewujudan Allah SWT, merasai kebesaran Allah SWT, merendahkan diri di hadapan Allah SWT, dan memuji Allah SWT.

Buku ini sesuai digunakan sebagai rujukan dan bahan bacaan kepada para pelajar, guru, dan pensyarah serta pembaca umum yang ingin mendapatkan maklumat berkaitan zikrullah, wirid, dan doa khususnya jemaah haji dan umrah. Dengan amalan zikir dan wirid ketika menunaikan haji dan umrah, seseorang itu akan dapat merasakan bahawa zahir dan batinnya dilihat oleh Allah SWT, segala urusan pekerjaannya diawasi oleh Allah SWT, perkataannya didengar oleh Allah SWT, manakala cita-cita dan niatnya pula tidak terlepas daripada pengetahuan Allah SWT.  Hal yang demikian kerana seseorang yang berzikir dan berwirid di tempat yang suci dan terpilih akan berpeluang mencapai maghfirah daripada Allah SWT dan seterusnya melahirkan sifat cinta terhadap perintah Allah SWT. Kesimpulannya, amalan berzikir, berwirid, dan berdoa di tempat yang suci dan terpilih akan menjadikan seseorang itu mempunyai potensi besar dalam mencapai ibadah haji dan umrah yang mabrur.

Additional information

Weight 1 kg
Dimensions 19 × 23 × 1 cm
Research Ecosystem
University Teknologi Malaysia UTM Nexus

Higher Institution Center of Excellence (HI-COE)

AMTEC INV WCC

Research Institute

IFE RISE IVESE ISI-SIR IHUMEN ISIIC

Center of Excellence (COE)

IVAT IFOG CAIRO CEE CACM ICA IBD

Service Entity

RMC UTM PRESS CCIN ICC PPMU UTM-ISI

DVCRI Office

Johor Bahru Kuala Lumpur DVCRI Profile

Get the latest news and events.

Share your thoughts.