Description
Buku Kupasan Keselamatan Wilayah China (2015) Inisiatif Jalur dan Laluan dan Strategi Geopolitik ini terdiri daripada empat bahagian, iaitu Kaji Selidik Umum, Inisatif Jalur dan Laluan dan Kuasa Besar, Inisatif Jalur dan Laluan serta Wilayah, dan Inisatif Jalur dan Laluan serta Isu Panas.
Bahagian pertama Kaji Selidik Umum mengandungi dua bab mengupas dua isu utama, iaitu Pelan Inisiatif Jalur dan Laluan sebagai Strategi Utama serta Persekitaran Keselamatan di Sekitar China: Perubahan, Pembinaan dan Cabaran.
Bahagian kedua Inisatif Jalur dan Laluan dan Kuasa Besar mengandungi empat bab membicarakan Strategi Pengimbangan Semula AS Asia-Pasifik Melawan “Inisiatif Jalur dan Laluan China”, Kecenderungan Baharu Kerajaan Abe dan Dilema Strategik dalam Hubungan Sino-Jepun, Pembinaan “Kesatuan Eurasia” Rusia dan “Koridor Ekonomi antara China, Mongolia dan Rusia”, dan Inisiatif Jalur dan Laluan: Strategi India dan Kesannya.
Bahagian ketiga mengupas Inisatif Jalur dan Laluan serta Wilayah melalui empat bab, iaitu Situasi di Asia Timur Laut dan Inisiatif Satu Jalur Satu Laluan, Keadaan di Asia Timur Laut dan Pembinaan Laluan Sutera Laut, Asia Selatan dan Inisiatif Jalur dan Laluan: Peluang, Cabaran dan Prospek, dan Negara-negara Asia Tengah dan Jalur Ekonomi Laluan Sutera.
Bahagian akhir Inisatif Jalur dan Laluan serta Isu Panas meliputi tiga bab yang membincangkan Analisis Risiko Politik terhadap Persekitaran Pelaburan Langsung China bagi Inisiatif Jalur dan Laluan, Isu Keselamatan Bukan Tradisional dalam Menyedari Inisiatif Jalur dan Laluan, dan Pembinaan Laluan Sutera Maritim Abad Ke-21 dan Situasi Laut China Selatan.