Description
Buku ini sesuai dijadikan teks asas bagi pelajar pelajar bidang Kejuruteraan di Institut Pengajian Tinggi. Teori dan contoh penyelesaian dan masalah yang diberi mudah difahami. Pelajar- pelajar politeknik dan sekolah menengah (Tingkatan enam) juga boleh menggunakannya sebagai buku rujukan kerana kandungannya lebih menjurus kepada aplikasi kejuruteraan. Buku ini mengandungi empat bab. Perbincangan dimulakan dengan konsep dan prinsip asas mekanik yang dimuatkan dalam bab satu. Dalam bab dua diutarakan tajuk – tajuk yang berkaitan statik zarah-zarah. Bab tiga mengetengahkan momen dan gandingan yang dibincangkan dalam dua sistem, iaitu sistem dua dimensi dan sistem tiga dimensi. Bab empat pula menerangkan keseimbangan badan tegar. Buku ini ditulis dengan harapan memberikan kefahaman mendalam kepada pelajar tentang daya, momen, gandingan dan paduan daya yang bertindak pada zarah. Keseimbangan sistem daya-daya setemu dan tidak setemu dijelaskan lagi dengan pelbagai contoh penyelesaian dalam dua dan tiga dimensi. Soalan-soalan latihan disediakan supaya pelajar boleh mencuba dan menyelesaikannya dengan menggunakan prinsip yang dipelajari.