Description
Kes strok dan serangan jantung sering membuatkan kita teringatkan yang ia hanya berlaku kepada orang yang lanjut usia, berat badan berlebihan, malas bersenam, dan merokok. Walaupun usia merupakan salah satu faktor risiko terbesar, namun sesiapa sahaja tanpa mengira usia boleh mengalami strok.
Amalan gaya hidup ketika ini sangat meningkatkan risiko terkena strok. Walaupun merokok, berlebihan lemak di perut, pengambilan alkohol yang berlebihan tidak menyebabkan serangan strok serta-merta, namun secara beransur-ansur risikonya akan meningkat.
Perkara utama yang harus difahami ialah semua individu mempunyai risiko mendapat serangan strok dan bukan hanya golongan tua. Yang penting, semua bergantung pada sikap kita. Pemakanan sihat, senaman teratur, dan tidak merokok akan mengurangkan risiko strok secara mendadak. buku ini ditulis berdasarkan penulisan perubatan, pemerhatian dan pengalaman peribadi Dr. Sayoga, M.Sc. yang pasti akan menambah pemahaman anda, serta menjadi sumber maklumat tentang cara mencegah serangan strok atau serangan jantung.