Description
Menempuh Jalan ke Syurga dan Kenikmatannya merupakan sebuah karya yang mengupas secara tuntas jalan mudah untuk seseorang mendapatkan syurga selain membincangkan secara lengkap kenikmatan yang diperoleh oleh seseorang insan ketika menuju ke syurga selain menyenaraikan pelbagai jenis kenikmatan yang disediakan oleh Allah SWT buat semua golongan beriman dan bertakwa. Bersumberkan al-Quran dan hadis, buku ini menyenaraikan amalan dalam Islam yang boleh diamalkan oleh umat Islam bagi memudahkan mereka memperoleh syurga bahkan mampu menggapai tingkatan syurga yang tertinggi di dalam akhirat. Turut dibincangkan sifat kenikmatan syurga yang diciptakan kepada ahlinya dalam bentuk ketampanan tubuh; keindahan ciptaan semulajadi syurga; prasarana; tingkatan; makanan dan minuman serta pakaian; istana, bilik, pelamin, dan katil; bidadari; dan penyempurnaan kenikmatan syurga dengan kenikmatan yang abadi bersama ahli keluarga mereka yang soleh serta pemberian kenikmatan terhebat ketika dianugerahkan nikmat untuk melihat Sang Pencipta. Buku ini sesuai untuk pelbagai jenis lapisan masyarakat dalam usaha menuju dan menjadi insan yang beriman dan bertakwa seterusnya bersedia dan merancang untuk menempuh cabaran jalan ke syurga. Kenikmatan syurga yang dibincangkan turut menjadi motivasi penting buat semua untuk lebih bersungguh-sungguh berusaha menggapai nikmat syurga yang kekal abadi.