Menghayati Budaya Ilmu: Faham Ilmu, Amalan dan Panduan Edisi ke-2 (Kulit Lembut)

RM30.00

Category: Tag:

Description

Buku ini ditujukan khusus kepada semua mahasiswa. Judul buku ini ialah Menghayati Budaya Ilmu: Faham Ilmu, Amalan dan Panduan sebagai salah satu tema utama memajukan universiti bagi menjadi universiti terbaik. Konsep dan frasa “budaya ilmu” mula diperkenalkan oleh Prof. Dr. Wan Mohd. Nor Wan Daud (1988) menerusi risalah berjudul Budaya Ilmu: Konsep, Prasyarat dan Perlaksanaan di Malaysia. Menurut tafsiran beliau, budaya ilmu ialah kewujudan suatu keadaan setiap lapisan masyarakat melibatkan diri secara langsung atau tidak langsung dengan kegiatan–kegiatan keilmuan pada setiap kesempatan; dan keadaan di mana segala tindakan manusia baik pada tahap individu atau masyarakat, ditentukan dan diputuskan serta dilaksanakan berdasarkan ilmu pengetahuan. Konsep tersebut terus dikembang dan dibahaskan secara lebih terperinci dalam penulisan beliau kemudiannya. Justeru, buku ini diterbitkan bukan bertujuan untuk memberi definisi dan dimensi baru tentang budaya ilmu. Sebaliknya, untuk mengumpulkan semula pandangan dan dimensi berkaitan konsep, nilai dan amalan ilmu dalam konteks untuk memperkasakan budaya ilmu di universiti. Secara lebih spesifik, buku ini diharap dapat dijadikan panduan oleh seluruh mahasiswa untuk turut sama menyubur dan menyemarakkan lagi amalan budaya ilmu dalam kehidupan harian.

Research Ecosystem
University Teknologi Malaysia UTM Nexus

Higher Institution Center of Excellence (HI-COE)

AMTEC INV WCC

Research Institute

IFE RISE IVESE ISI-SIR IHUMEN ISIIC

Center of Excellence (COE)

IVAT IFOG CAIRO CEE CACM ICA IBD

Service Entity

RMC UTM PRESS CCIN ICC PPMU UTM-ISI

DVCRI Office

Johor Bahru Kuala Lumpur DVCRI Profile

Get the latest news and events.

Share your thoughts.