Menghayati Budaya Ilmu: Faham Ilmu, Amalan dan Panduan Edisi Ke–2 (Kulit Keras)

RM39.00

Category: Tag:

Description

“Pemikiran penulis terakam secara tersurat dan tersirat untuk memperkasa dan memartabatkan budaya ilmu di kampus universiti.”

Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin
Menteri Pengajian Tinggi

“Saya amat bersetuju dengan idea dan pemikiran Prof. Zaini yang bernas untuk menggarap semula peranan dan tanggungjawab hakiki staf akademik dan pentadbiran universiti serta para mahasiswa untuk membudayakan ilmu seutuhnya.”

Dato’ Saifuddin Abdullah
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi

“Karya penting Prof. Zaini ini perlu dibincang agar difahami sebaik–baiknya dan dihayati oleh warga kampus, sebagai teras utama kejayaan dan kesejahteraan bermakna bagi diri dan masyarakat.”

Prof. Dr. Wan Mohd. Nor Wan Daud
Felo Penyelidik Utama, Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA),
Universiti Kebangsaan Malaysia.

“Sebuah karya yang berjaya mengupas betapa pentingnya warga kampus dari peringkat kepimpinan atas hinggalah kalangan mahasiswa menghayati budaya ilmu menerusi memahami, mengamal dan menjadikannya panduan. Dengan penghayatan sedemikian mampu mewujudkan senario kehidupan kampus diwarnai dengan suasana yang harmoni, barakah dan kesejahteraan.”

Prof. Dr. Mohd Tajuddin Md. Ninggal
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni)
Universiti Teknologi Malaysia

Buku ini ditujukan khusus kepada semua mahasiswa. Judul buku ini ialah Menghayati Budaya Ilmu: Faham Ilmu, Amalan dan Panduan sebagai salah satu tema utama memajukan universiti bagi menjadi universiti terbaik.

Konsep dan frasa ‘budaya ilmu’ mula diperkenalkan oleh Prof. Dr. Wan Mohd. Nor Wan Daud (1988) menerusi risalah berjudul Budaya Ilmu: Konsep, Prasyarat dan Perlaksanaan di Malaysia. Menurut tafsiran beliau, budaya ilmu ialah kewujudan suatu keadaan setiap lapisan masyarakat melibatkan diri secara langsung atau tidak langsung dengan kegiatan–kegiatan keilmuan pada setiap kesempatan; dan keadaan di mana segala tindakan manusia baik pada tahap individu atau masyarakat, ditentukan dan diputuskan serta dilaksanakan berdasarkan ilmu pengetahuan. Konsep tersebut terus dikembang dan dibahaskan secara lebih terperinci dalam penulisan beliau kemudiannya.

Justeru, buku ini diterbitkan bukan bertujuan untuk memberi definisi dan dimensi baru tentang budaya ilmu. Sebaliknya, untuk mengumpulkan semula pandangan dan dimensi berkaitan konsep, nilai dan amalan ilmu dalam konteks untuk memperkasakan budaya ilmu di universiti. Secara lebih spesifik, buku ini diharap dapat dijadikan panduan oleh seluruh mahasiswa untuk turut sama menyubur dan menyemarakkan lagi amalan budaya ilmu dalam kehidupan harian.

Research Ecosystem
Universiti Teknologi Malaysia UTM Nexus - Research & Innovation

Office of Deputy Vice Chancellor (Research & Innovation)

DVCRI Profile Johor Bahru Office Kuala Lumpur Office

Higher Institution Centre of Excellence (HI-COE)

Advance Membrane Technology Research Centre - AMTEC Institute of Noise & Vibration - INV Wireless Communication Centre - WCC

Research Institute

Centre of Excellence (COE)

Institute of High Voltage & High Current - IVAT UTM-MPRC Institue for Oil & Gas - IFOG Centre for Artificial Intelligence & Robotics - CAIRO Centre for Engineering Education - CEE Centre for Advanced Composite Materials - CACM Innovation Centre in Agritechnology for Advanced Bioprocessing - ICA Institute of Bioproduct Development - IBD

Service Entity

Research Management Centre - RMC Penerbit UTM Press Centre for Community & Industry Network - CCIN Innovation & Commercialisation Centre - ICC University Laboratory Management Centre - PPMU Institut Sultan Iskandar - UTM-ISI

Get the latest news & events

Customer Satisfaction Index