Description
Institusi kekeluargaan memainkan peranan yang sangat penting dalam menentukan kesejahteraan, kejayaan, dan kemajuan masyarakat dalam sesebuah negara. Sistem keluarga tidak akan berfungsi dengan sempurna dan sepenuhnya sekiranya tiada elemen-elemen asas, iaitu agama, nilai moral, kasih sayang, serta pengetahuan tentang ilmu kekeluargaan. Buku ini membincangkan secara mendalam dalam pelbagai konsep keluarga dan kekeluargaan yang perlu dimiliki oleh para ibu bapa, serta aspek penting dalam pembentukan diri ahli keluarga bagi tujuan memberi beberapa panduan kepada para ibu bapa untuk menangani pelbagai masalah dalam menguruskan rumah tangga secara lebih berkesan demi melahirkan generasi yang berkualiti.