Description
Buku ini membincangkan Nilai Teras Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang terdiri daripada satu set nilai unik yang dibangunkan oleh pihak pengurusan UTM, bertujuan untuk menginstitusikan nilai teras yang terdiri daripada empat komponen iaitu Integriti, Sinergi, Kecemerlangan, dan Kelestarian atau lebih dikenali sebagai ISES. Penyelidikan ini telah dijalankan di UTM dengan melibatkan kakitangan akademik dan pentadbiran serta pihak berkepentingan. Pelbagai pendekatan telah diambil dalam membudayakan nilai teras di dalam organisasi. Namun, sejauh manakah keberkesanannya masih menjadi perdebatan khususnya di dalam mengukur secara tepat. Oleh itu, buku ini amat sesuai digunakan bagi rujukan organisasi di dalam membina dan mengukur nilai teras yang telah disepakati di dalam organisasi masing-masing. Pengukuran nilai teras organisasi amat penting di dalam memastikan imej organisasi sentiasa terpelihara. Namun, inisiatif ini masih terlalu asing walaupun telah diamalkan sekian lama bagi kebanyakkan organisasi di dunia.