Pendidikan Astronomi Islam Kontemporari

RM60.00

Category:

Description

Perkembangan pendidikan astronomi Islam di Tanah Melayu telah bermula sekitar tahun 1930-an hingga 1970-an dengan pengajian ilmu astronomi Islam di madrasah dan pondok-pondok. Sejak 1980-an hingga kini, ilmu astronomi Islam ini telah dimasukkan di dalam kurikulum di peringkat institusi pengajian tinggi awam sebagai kursus teras atau elektif. Buku ini dihasilkan bagi membincangkan perkara-perkara berkaitan pendidikan Astronomi Islam masa kini kepada masyarakat dan peminat Astronomi Islam di negara ini. Modul Astronomi Islam Kontemporari yang khusus perlu dihasilkan bagi kegunaan pelajar sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi. Di samping itu, pelbagai pendekatan pengajaran dan pembelajaran juga dibincangkan berserta kaedah pengukuran arah kiblat serta penyediaan takwim hijriah untuk mendidik dan menambah pengetahuan pembaca. Selain itu, bidang-bidang lain di dalam Astronomi Islam seperti etnoastronomi, arkeoastronomi serta warisan kebudayaan dalam mengetahui dan memahami ilmu astronomi di dalam sesuatu budaya dan etnik. Diharapkan agar buku ini dapat menambahkan lagi pengetahuan dan tahap kesedaran pembaca terhadap pentingnya pendidikan Astronomi Islam ini untuk dipelajari dan didalami ilmunya. Hal ini kerana Astronomi Islam sering digunakan dalam kehidupan seharian kita agar ilmunya sentiasa berkembang dan terus lestari sepanjang masa.

Research Ecosystem
University Teknologi Malaysia UTM Nexus

Higher Institution Center of Excellence (HI-COE)

AMTEC INV WCC

Research Institute

IFE RISE IVESE ISI-SIR IHUMEN ISIIC

Center of Excellence (COE)

IVAT IFOG CAIRO CEE CACM ICA IBD

Service Entity

RMC UTM PRESS CCIN ICC PPMU UTM-ISI

DVCRI Office

Johor Bahru Kuala Lumpur DVCRI Profile

Get the latest news and events.

Share your thoughts.