Pengaturcaraan Web ASP. NET Menggunakan VB dan C#

RM60.00

Category: Tag:

Description

ASP.NET merupakan rangka kerja pengaturcaraan sebelah pelayan yang dibangun dan dipasarkan oleh Microsoft. ASP.NET membolehkan pembangun laman web menghasilkan aplikasi web dan servis yang bersifat dinamik.

Buku ini menerangkan tentang perisian Microsoft Visual Studio 2012 yang diguna untuk menghasilkan laman web ASP.NET, kawalan piawai dan sintaks asas ASP.NET yang boleh digunakan oleh pengatur cara untuk menghasilkan laman web, struktur kawalan, rentetan, kawalan pengesahsahihan, pembinaan pangkalan data, dan bahasa pertanyaan berstruktur. Selain itu, buku ini juga menyediakan banyak contoh atur cara dan latihan pengaturcaraan web ASP.NET menggunakan Visual Basic dan C#.

Buku ini sesuai sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran oleh pensyarah dan pelajar, rujukan kepada pengatur cara yang ingin mempelajari bahasa pengaturcaraan web ASP.NET dengan lebih mendalam, serta pembaca umum yang berminat untuk mempelajari pengaturcaraan web ASP.NET dan membina laman web ASP.NET menggunakan Visual Basic dan C# dengan mudah dan berkesan.

Research Ecosystem
University Teknologi Malaysia UTM Nexus

Higher Institution Center of Excellence (HI-COE)

AMTEC INV WCC

Research Institute

IFE RISE IVESE ISI-SIR IHUMEN ISIIC

Center of Excellence (COE)

IVAT IFOG CAIRO CEE CACM ICA IBD

Service Entity

RMC UTM PRESS CCIN ICC PPMU UTM-ISI

DVCRI Office

Johor Bahru Kuala Lumpur DVCRI Profile

Get the latest news and events.

Share your thoughts.