Description
Buku ini dihasilkan secara sistematik menerusi kajian yang menyeluruh ke atas sumber-sumber utama seperti al-Quran, Hadis dan kajian literatur. Buku ini mengandungi modul intervensi melibatkan gabungan pendekatan kaunseling Islam dan Adler yang memfokuskan kepada psikologi resilien dalam kalangan remaja. Keistimewaan buku ini melibatkan penerangan yang lengkap dengan komponen-komponen penting seperti matlamat modul, kegunaan modul, analisis konsep asas kaunseling Islam dan Adler, implikasi dan limitasi modul menjadikan buku ini lengkap dan tersusun.
Gaya penulisan yang jelas dan garapan bahasa yang diolah dengan baik menjadikan buku ini menarik dan mudah untuk dibaca. Contoh aplikasi pelaksanaan modul yang dijelaskan di dalam buku ini juga menjadi panduan yang berguna kepada para kaunselor untuk mempraktikkannya pada situasi yang sebenar. Ciri-ciri dan peranan kaunselor yang ditekankan di dalam buku ini juga dapat membantu meningkatkan tahap profesional dan pengetahuan kaunselor dalam mengendalikan sesi kaunseling.
Buku ini adalah satu kaedah intervensi baru yang diguna pakai oleh para kaunselor bagi menangani isu ramaja terutamanya melibatkan isu resilien. Justeru, buku ini amat relevan kepada para kaunselor, pelajar, pensyarah di Institut Pengajian Tinggi sebagai bahan rujukan baru bagi menambahkan pengetahuan dan ilmu berkaitan kaunseling.