Pusat Ekuin di Malaysia Keperluan Asas Fasiliti Ekuin

RM60.00

Category:

Description

Buku ini menerangkan secara keseluruhan mengenai kemudahan asas yang perlu disediakan oleh pemilik pusat ekuin di negara ini. Buku ini juga akan menerangkan jenis kemudahan asas di pusat kuda berdasarkan jenis perniagaan dan juga aktiviti pusat kuda berkenaan. Selain itu, buku ini secara terperinci akan menerangkan reka bentuk, saiz, jenis bahan binaan dan lain-lain faktor binaan yang bersesuaian di negara ini. Buku ini mempunyai 9 bab yang telah merangkumi semua aspek dan keperluan didalam pembinaan fasiliti ekuin bagi keperluan asas di setiap pusat ekuin dinegara ini. Tujuan buku ini dihasilkan adalah untuk menyebarkan dan memberi maklumat tentang keperluan kemudahan asas di Pusat Ekuin yang perlu diketahui secara umum. Hal ini disebabkan masih ramai rakyat Malaysia yang tidak mengetahui bahawa industri ekuin dinegara ini semakin berkembang. Justeru itu, dengan adanya buku ini secara langsung memberi panduan dan kefahaman mengenai kepentingan penyediaan ekuin fasiliti untuk menjaga kebajikan kuda dan seterusnya akan membantu meningkatkan kualiti hidup untuk generasi akan datang seperti menjana pendapatan seterusnya memberi keuntungan dan memberikan banyak peluang pekerjaan. Kekurangan maklumat tentang kemudahan asas seperti jenis, reka bentuk, saiz dan bahan binaan yang bersesuaian dengan negara ini menyebabkan hanya 2% Pusat Ekuin di negara ini yang menyediakan kemudahan asas yang mengikut piawaian dan faktor-faktor pembinaannya. Oleh yang demikian, buku ini telah dihasilkan oleh pensyarah di Universiti Teknologi Malaysia yang merupakan universiti pertama di Asia dalam bidang sarjana muda pengurusan kuda.

Research Ecosystem
University Teknologi Malaysia UTM Nexus

Higher Institution Center of Excellence (HI-COE)

AMTEC INV WCC

Research Institute

IFE RISE IVESE ISI-SIR IHUMEN ISIIC

Center of Excellence (COE)

IVAT IFOG CAIRO CEE CACM ICA IBD

Service Entity

RMC UTM PRESS CCIN ICC PPMU UTM-ISI

DVCRI Office

Johor Bahru Kuala Lumpur DVCRI Profile

Get the latest news and events.

Share your thoughts.