Description
Dalam era digital, penyampaian informasi lebih banyak disampaikan melalui komunikasi visual daripada penyampaian maklumat berkaitan peribadi sehinggalah penyampaian informasi tentang kemajuan pendidikan, sosial dan ekonomi malah dasar kerajaan. Keadaan ini menunjukkan betapa pentingnya komunikasi visual dikuasai dalam kehidupan pada hari ini. Antara perbincangan yang diketengahkan ialah panduan tentang proses pemikiran reka bentuk (design thinking) yang sistematik dalam mencetuskan idea, latihan, contoh bergambar, perkongsian tentang teknik pemilihan serta penyampaian visual dalam komunikasi visual yang efektif. Buku ini sesuai untuk sesiapa sahaja yang ingin memahami dan menghasilkan visual untuk proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik dan efektif.