Rencam Bersimen Bertetulang Gentian

RM60.00

Out of stock

Category: Tag:

Description

Dalam tahun-tahun kebelakangan ini beberapa perkembangan telah berlaku dalam bidang simen bertetulang gentian. Gentian-gentian baru telah diubah suai untuk boleh digunakan dalam matriks simen dan hasilnya, rencam berkenaan boleh ?ditempah? untuk pelbagai penggunaan di mana sistem bersimen lazim adalah terhad. Buku ini meliputi prinsip asas saintifik bagi bahan-bahan berkenaan di samping memberi penerangan dan huraian sifat-sifat sistem khusus yang disediakan dengan gentian yang berbeza jenisnya seperti keluli, kaca, asbestos, polipropilena, gentian asli dan beberapa jenis gentian polimer berprestasi tinggi. Buku ini dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian pertama buku ini meliputi perlakuan intensif daripada mekanik bagi matriks rapuh gentian tetulang dan implikasinya bagi sistem bersimen dengan mengambil kira mikrostruktur pukal dan antara muka khusus. Bahagian kedua menghuraikan berbagai-bagai jenis rencam gentian simen, dari segi proses pengeluaran, sifat-sifat fizikal dan mekanik, ketahanlasakan dan penggunaan. Ciri-ciri ini dibincang dalam sebutan prinsip asas yang mempengaruhi kelakuan rencam, oleh itu membekalkan pembaca dengan maklumat yang penting bagi kegunaan kejuruteraan di samping memberi latar belakang yang betul untuk menentukan pengembangan akan datang. Buku ini memasukkan senarai rujukan yang terkini, jadual yang banyak bagi menghuraikan sifat-sifat kejuruteraan bagi sistem yang berbeza dan mikrograf. Rencam Bersimen Bertetulang Gentian akan menjadi kegemaran kepada pengamal yang terlibat dalam teknologi konkrit moden dan juga berguna kepada para akademik, penyelidik, dan pelajar siswazah.

Research Ecosystem
University Teknologi Malaysia UTM Nexus

Higher Institution Center of Excellence (HI-COE)

AMTEC INV WCC

Research Institute

IFE RISE IVESE ISI-SIR IHUMEN ISIIC

Center of Excellence (COE)

IVAT IFOG CAIRO CEE CACM ICA IBD

Service Entity

RMC UTM PRESS CCIN ICC PPMU UTM-ISI

DVCRI Office

Johor Bahru Kuala Lumpur DVCRI Profile

Get the latest news and events.

Share your thoughts.