Description
Ibn alâQayyim ialah salah seorang pemikir muslim kenamaan di dunia Islam pada zamannya terutama di Syam tempat kelahirannya dan di Mesir yang menjadi pusat pengembangan ilmu pasca kehancuran Baghdad. Beliau hidup di saat ilmu keislaman berkembang dalam pelbagai disiplin ilmu, dikelilingi oleh para tokoh ulama kenamaan daripada bermacam aliran dan mazhab. Wujudnya pelbagai konflik pemikiran kalam turut mewarnai zamannya sehingga menjadi tempat pertembungan ilmu keagamaan dan perbincangan para ulama tempatan.
Namun, perkembangan pemikiran yang pesat pada saat itu tidak bererti kehidupan sosial masyarakatnya tidak bergejolak. Ibn alâQayyim pernah dipenjara bersamaâsama gurunya Ibn Taimiyyah, akibat daripada konflik pemikiran dan konspirasi dominasi aliran tradisional mazhab yang tidak sependapat dengannya dalam beberapa masalah agama.
Sebagai tokoh salaf, beliau termasuk golongan yang menginginkan pemurnian ajaranâajaran Islam dengan berlandaskan alâQuran dan alâSunnah serta ajaran para mutakallim seperti golongan Jahmiyah dan Muktazilah dalam menyelesaikan persoalanâpersoalan dalaman akidah Islam.
Melalui pembahasannya tentang persoalanâpersoalan Kalam dilematik mengenai ketuhanan, persoalan manusia, ataupun masalah kehidupan akhirat, Ibn alâQayyim berjaya muncul dengan pemikiranâpemikiran baru. Pada penghujung pembahasan terungkap pula satu model pemikiran akidah Ibn alâQayyim yang utuh dan komprehensif serta dengan pendekatan Kalam yang lebih mudah difahami dan dirujuk.