Description
Sejarah, Isu & Cabaran adalah hasil tulisan yang membincangkan tentang sejarah, isu-isu, serta cabaran perkembangan pendidikan Islam dan sekolah agama yang bertitik tolak dari zaman perkembangan Islam di alam Melayu sehingga era penjajahan dan kemerdekaan Malaysia. Pendidikan Islam dan sekolah agama ini telah menyelusuri bersama kerancakan perkembangan pendidikan melalui pelbagai dasar pendidikan yang dilaksanakan oleh kerajaan sehingga berjaya memartabatkan keberadaannya dalam arus perdana pendidikan negara. Kemuncak daripada kedinamikan Pendidikan Islam dan sekolah agama ini terlaksana dengan pengiktirafan kurikulum al-Azhari sebagai salah satu kurikulum pendidikan negara dengan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) sebagai tiket untuk para pelajar sekolah agama mendaki puncak pendidikan agama di menara gading. Tidak terkecuali daripada kejayaan ini, sekolah Agama Rakyat (SAR) yang sebelum ini dianggap tidak penting dan dipinggirkan daripada kerancakan pendidikan arus perdana telah berjaya dimartabat dan diperjuangkan sehingga menjadi Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK).
Diharap kehadiran buku ini dapat menjadi rujukan bagi menimbulkan kesedaran kepada pembaca tentang peri pentingnya sekolah agama disemayamkan pada takhta pendidikan arus perdana bagi semua peringkat dan golongan masyarakat tidak kira dalam kalangan para ilmuan dan ahli akademik, ahli politik, penggubal dan pelaksana dasar pendidikan, para guru dan masyarakat Islam keseluruhannya.