Description
Buku ini membincangkan tentang hala tuju keusahawanan global bagi mengekalkan kelestarian Industri Kecil Sederhana (IKS) di negeri Johor di samping memberi nafas baharu dalam membangunkan perusahaan yang berpotensi tinggi seperti hasil pertanian, penternakan dan perikanan. Model pendekatan dimensi yang digunakan adalah model triple helix melalui inisiatif Institut Inovasi Strategik Johor (IISJ) atau kini dikenali sebagai Johor Innovation Valley (JIVe). Buku yang mengandungi 10 bab ini mengupas isu-isu dan cabaran untuk mengekalkan kelestarian keusahawanan IKS sebagai hab sekuriti makanan, keperluan latihan yang komprehensif, dan juga pengenalan teknologi dan teknik terbaharu untuk meningkatkan hasil pertanian dan penternakan. Selain itu, buku ini juga menggarap peluang dan kaedah bagi memperkasa jaringan revolusi industri halal selain memberi pendedahan mengenai penggunaan platform digital sebagai kaedah jual beli, penjenamaan dan pemasaran produk halal paling efektif di peringkat global. Buku ini amat sesuai dijadikan rujukan buat semua golongan usahawan IKS yang ingin mengetahui cara mengubah kaedah perusahaan konvesional kepada penggunaan inovasi baharu yang lebih cekap dan berteknologi tinggi untuk produk dan perkhidmatan mereka, berpaksikan libatsama kepakaran Universiti, sokongan kerajaan negeri, dan juga penglibatan industri dalam pemerkasaan ekonomi masyarakat itu sendiri.