Siri Perutusan Tahun Baru Naib Canselor 2010: Berpaksi Inovasi Mengangkasa Universiti Menjana Nilai Tinggi

RM20.00

Out of stock

Category: Tag:

Description

Menyahut langkah kerajaan untuk menjadikan tahun 2010 sebagai Tahun Inovasi, maka Perutusan Tahun Baru Naib Canselor 2010 bertemakan Berpaksi Inovasi, Mengangkasa Universiti, Menjana Nilai Tinggi. Berpaksi inovasi bermaksud menjadikan budayaMoreMenyahut langkah kerajaan untuk menjadikan tahun 2010 sebagai Tahun Inovasi, maka Perutusan Tahun Baru Naib Canselor 2010 bertemakan Berpaksi Inovasi, Mengangkasa Universiti, Menjana Nilai Tinggi. Berpaksi inovasi bermaksud menjadikan budaya inovasi sebagai teras perkembangan universiti selari dengan konsep budaya ilmu yang menggalakkan reka cipta, penambahbaikan, pembaharuan, kreativiti dan dinamisme. Mengangkasamemerihalkan gerak kerja meletakkan sesuatu pada kedudukan yang tinggi, sebagaimana angkasawan melepasi ruang atmosfera. Frasa mengangkasa universiti bermaksud mengangkat UTM ke martabat tinggi supaya kedudukan dan kepentingannya dapat dirasakan semua pihak. Bangsa angkasa merujuk kepada bangsa yang sentiasa mempunyai impian tinggi, dan tamadun hebat. Menjana nilai tinggi pula merujuk kepada pengkayaan dan penyuburan idealisme, minda dan kemahiran untuk membolehkan kita membina kemajuan dengan memberi nilai tambah menerusi proses inovasi kepada sesuatu konsep, gagasan, perkhidmatan atau produk yang memberi manfaat kepada masyarakat atau khalayak pengguna.Perutusan ini mengajak warga UTM untuk berfikir dan memahami peranan masing-masing dengan lebih jelas dan pasrah sebagai ‘pahlawan ilmu’ dalam ekosistem intelektual yang dilatari model ekonomi baru berteraskan kreativiti dan inovasi. Selain itu, perutusan ini mengungkapkan semula peranan warga UTM agar lebih relevan dalam suasana persaingan global untuk menjana nilai tinggi dalam setiap bidang yang kita ceburi.Perutusan ini juga menyediakan kerangka kerja untuk membolehkan warga UTM sentiasa rela dan sedia berkorban demi kepentingan organisasi, agama, bangsa dan negara- melebihi kepentingan peribadi dan kelompok- serta memantapkan gerak kerja nilai tinggi untuk dipersembahkan kepada ibu pertiwi sebingkis sumbangsih, tanda pengorbanan sebagai anak merdeka Malaysia.

Research Ecosystem
Universiti Teknologi Malaysia UTM Nexus - Research & Innovation

Office of Deputy Vice Chancellor (Research & Innovation)

DVCRI Profile Johor Bahru Office Kuala Lumpur Office

Higher Institution Centre of Excellence (HI-COE)

Advance Membrane Technology Research Centre - AMTEC Institute of Noise & Vibration - INV Wireless Communication Centre - WCC

Research Institute

Centre of Excellence (COE)

Institute of High Voltage & High Current - IVAT UTM-MPRC Institue for Oil & Gas - IFOG Centre for Artificial Intelligence & Robotics - CAIRO Centre for Engineering Education - CEE Centre for Advanced Composite Materials - CACM Innovation Centre in Agritechnology for Advanced Bioprocessing - ICA Institute of Bioproduct Development - IBD

Service Entity

Research Management Centre - RMC Penerbit UTM Press Centre for Community & Industry Network - CCIN Innovation & Commercialisation Centre - ICC University Laboratory Management Centre - PPMU Institut Sultan Iskandar - UTM-ISI

Get the latest news & events

Customer Satisfaction Index