Description
Pengudaraan dalam kandang kuda merupakan komponen penting dalam pengurusan kuda kerana ia memberi implikasi kepada kesihatan, kebajikan dan prestasi kuda. Pengudaraan yang berkesan amat penting dalam mengurangkan masalah pernafasan yang disebabkan oleh pendedahan berpanjangan kepada udara bertakung, habuk dan ammonia. Justeru itu, buku ini menerangkan mengenai sistem pengudaraan di kandang kuda. Secara keseluruhan buku ini mempunyai sembilan bab iaitu berkaitan pengenalan tentang sistem pengudaraan di kandang kuda seperti isu dan juga tujuan pengudaraan serta jenis pengudaraan di kandang kuda. Selain itu, buku ini juga turut menerangkan faktor reka bentuk, faktor persekitaran, kesan pengudaraan kepada parameter fisiologi asas kuda, kaedah pengukuran, dan juga penyelenggaraan. Tujuan buku ini dihasilkan adalah untuk menyebarkan dan memberi maklumat tentang kepentingan sistem pengudaraan di kandang kuda yang perlu diketahui secara umum. Diharapkan dengan adanya buku ini secara langsung memberi panduan dan kefahaman mengenai kepentingan sistem pengudaraan di kandang kuda supaya kebajikan kuda terjaga. Buku ini telah dihasilkan oleh pensyarah di Universiti Teknologi Malaysia yang merupakan universiti pertama di Asia dalam bidang Sarjana Muda SainsPengurusan Ekuin.