Description
Buku Teknologi Realiti Terimbuh: Konsep dan Aplikasi mengetengahkan pengetahuan berkaitan teknologi realiti terimbuh (AR) secara terperinci termasuk sejarah permulaan dan perbandingan dengan lain-lain persekitaran maya. Teknologi AR telah diadaptasi dalam semua semua bidang antaranya pendidikan, bahasa, perniagaan, hiburan, dan perubatan. Teknologi AR bukan hanya boleh digunakan oleh pengguna normal, ia juga turut membantu golongan kurang upaya seperti pekak dalam pembelajaran. Buku ini juga membuka peluang kepada penyelidik dan pembangun aplikasi untuk mengetahui dengan lebih lanjut proses pembangunan aplikasi AR secara yang sistematik dengan mengambil kira teori, kitar hayat pembangunan, reka bentuk, dan penilaian. Penerangan terperinci mengenai inovasi difusi, penilaian penerimaan teknologi baharu, model penerimaan teknologi, dan penilaian kebolehgunaan diketengahkan untuk pengetahuan pembaca dalam menilai aplikasi supaya ianya betul-betul bermanfaat kepada pengguna. Buku ini dilengkapkan lagi dengan dua kajian kes bagi memantapkan proses pemahaman pembaca mengenai penilaian aplikasi AR. Selain itu, kepekaan pembaca terhadap perkembangan semasa, isu dan etika yang berkaitan teknologi AR akan terus memberi energi baru kepada pembaca untuk mencerna kemajuan dan kekuatan teknologi AR ini.